Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Ingin Reboot Semula Filem Jonah Hex


Jonah Hex merupakan antara karakter komik DC yang diangkat ke kaca televisyen dan layar perak. Namun nasib karakter ini di layar perak tidak begitu baik jika hendak dibandingkan dengan siri televisyen.

Filem Jonah Hex pernah diterbitkan pada tahun 2010 dan dibintangi aktor Josh Brolin yang memainkan peranan utama. Bagaimanapun, filem tersebut gagal dipentas box office dan menerima kritikan yang sangat teruk. Malah, Brolin juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sanggup mengeluarkan duitnya sendiri untuk menghasilkan semula filem lakonannya itu.

Selepas lebih hampir sedekad menyepi disebabkan kegagalannya, Jonah Hex mungkin diberi peluang sekali lagi untuk kembali bersinar dalam dunia ‘live action’.

Dalam perkembangan terbaru yang didedahkan laman WegotthiscoveredWarner Bros. dilaporkan sedang merancang untuk menghasilkan semula filem antihero DC itu. Cuma buat masa ini tidak dipastikan sama ada ia akan dibuat dalam bentuk filem, atau rancangan televisyen. Jika dibuat dalam bentuk siri televisyen, kemungkinan siri itu tidak berkaitan dengan rancangan televisyen Legends of Tomorrow yang turut menampilkan karakter Jonah Hex.

Pihak studio setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tetapi jika benar Jonah Hex dibuat dalam bentuk filem, peminat pasti bergembira selepas mereka sebelum ini kecewa dengan filem pertama yang agak teruk.


Jadi, kepada peminat-peminat filem DC, adakah anda masih berminat untuk melihat Jonah Hex di layar perak? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee