Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros Hasilkan Remake Filem The Matrix

The Matrix

Seperti biasa, filem-filem lama Hollywood semakin banyak dihasilkan semula oleh studi0-studio disana, dan dilihat semakin menjadi trend dikalangan penerbit dan juga pengarah filem. Terbaru filem sains fiksyen terkenal di penghujung era 90an, The Matrix akan diberikan nafas baru oleh studio Warner Bros.

Difahamkan, Warner Bros. sudah pun memilih individu-individu penting yang menghasilkan semula filem tersebut dimana penulis skrip filem X-Men: The Last Stand, Zack Penn dikatakan sedang berbincang dengan studio untuk menulis skrip filem berkenaan.

Selain itu juga, Michael B. Jordan (Creed, Fantastic Four) juga dilaporkan akan menjadi salah satu watak dalam filem berkenaan. Bagaimanapun, dua beradik Wachowskis yang bertanggungjawab menaikkan franchise filem The Matrix terdahulu tidak akan terlibat dengan projek terbaru ini.

Filem yang ditayangkan pada tahun 1999 telah mencetuskan fenomena dengan effect yang dikenali sebagai ”bullet time”, video slow motion yang menunjukan gerak perlahan peluru menuju ke karakter utama. Term ‘bullet time’ telah digunakan dalam skrip filem pertama dan menjadi trademark oleh Warner Bros.

Bullet time

The Matrix mengisahkan Neo yang dilakonkan oleh Keanu Reeves (John Wick, Speed), seorang hacker komputer yang telah dibawa masuk ke dunia program komputer. Filem berkenaan juga dibintangi oleh Laurence Fishburne (Batman V Superman: Dawn of Justice) dan Carrie-Ann Moss (Jessica Jones, Memento)

The Matrix kemudiannya telah mendapat dua sekuel dimana The Matrix Reloaded ditayangkan pada tahun 2003 dan The Matrix Revolutions ditayangkan 6 bulan selepas The Matrix Reloaded. Siri animasi The Animatix pula dihasilkan berdasarkan dari siri filem dan dikeluarkan pada 2003. Selain itu, ia juga dijadikan permainan video, anime dan komik yang menyambung siri filem berkenaan.

Jadi, kepada peminat The Matrix, apa pendapat anda mengenai filem reboot ini?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment