Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Discovery Anggap JUSTICE LEAGUE Versi 2017 Adalah ‘Rasmi’, Abai Versi ‘Zack Snyder’

Warner Bros. Discovery dan DC kembali menarik perhatian peminat dengan beberapa keputusan yang dianggap luar jangkaan dan mengejutkan. 

Yang pertama, pembatalan Batgirl dari senarai tayangan walaupun filem itu hampir siap sepenuhnya. Kemudian terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa beberapa filem utama akan ditukar tarikh tayangannya, serta merombak semula DC Extended Universe.


Namun, apa yang paling lucu adalah pendedahan yang dibuat oleh Rolling Stone mengenai keputusan studio itu dalam memilih versi filem Justice League. 

Rolling Stone mendedahkan bahawa, “Studio itu dilihat menjauhkan diri dari Synder, dan sumber berkata, pembikin filem dokumentari, Leslie Iweks baru-baru ini telah meminta lesen klip dari filem Justice League tahun 2021 untuk membuat filem sejarah mengenai DC. Dia bagaimanapun diberitahu bahawa hanya ada satu sahaja Justice League: iaitu versi 2017.”

Jelas laporan itu lagi, rejim baharu ini lebih suka menganggap versi tahun 2017 adalah “rasmi” berbanding versi empat jam yang ditayangkan di HBO Max tahun lepas.

Tidak dapat dinafikan bahawa gerakan #ReleaseTheSnyderCut telah membawa kepada banyak ketoksikan, termasuklah beberapa serangan terhadap Warner Bros.

Ketua Pegawai Eksekutif David Zaslav dilihat tidak begitu mementingkan populariti di perkhidmatan penstriman, sebaliknya, lebih memilih kutipan AS$657 juta yang direkodkan filem arahan Joss Whedon itu berbanding angka penonton di HBO Max. 

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment