Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Dilaporkan Tidak ‘Gembira’ Dengan Filem Birds Of Prey

Nampaknya, filem terbaru DC Bird of Prey mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti filem Justice League. Menurut sumber dari pengguna Twitter, pihak studio Warner Bros. dilaporkan tidak ‘bergembira’ dengan filem terbaru arahan Cathy Yan itu.

Dikhabarkan para eksekutif Warner Bros. tidak berpuashati dengan filem Birds of Prey semasa tayangan ujian dilakukan baru-baru ini, walaupun filem tersebut mendapat respon positif dari para penonton. Situasi terbaru itu dikhuartiri akan menyebabkan pihak studio mencampuri proses akhir filem tersebut sepertimana yang berlaku pada filem arahan Zack Snyder, Justice League. 

Setakat ini tiada apa-apa respon dari salah seorang penerbit Bird of Prey, Margot Robbie yang juga pelakon utama filem DC itu. Tetapi jika situasi terbaru ini benar-benar berlaku, pelakon watak Harley Quinn itu perlu menggunakan peranannya sebagai penerbit untuk mengelakkan campurtangan pihak studio.

Birs of Prey telah selesai menjalani penggambarannya pada April yang lalu dan kini dalam proses pasca produksi.

Turut membintangi filem ini adalah Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Birds of Prey dijangka akan menemui penonton pada 7 Februari 2020

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment