Berita

Warner Bros. Dilaporkan Merancang Filem Solo Penguin

Views

Selain Joker, Penguin juga merupakan antara musuh Batman paling yang paling ikonik, tetapi sayangnya karakternya tidak begitu diberi perhatian dalam adaptasi live-action.

Kali terakhir Penguin muncul dilayar perak adalah menerusi filem Batman Return (1992) lakonan Danny Devito. Bagaimanapun, prestasi baik Robin Lord Taylor sebagai Penguin dalam rancangan TV Gotham mungkin telah membantu menghidupkan semula watak, dan Warner Bros nampaknya mempunyai rancangan besar untuk Oswald Cobblepot dimasa akan datang.

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, pihak studio kini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah lagi filem standalone supervillian berikutkan kejayaan filem Joker. Kali ini ia akan berkisarkan tentang karakter Penguin. Maklumat lanjut tidak dapat didedahkan memadangkan ia masih diperingkat awal perancangan. Tetapi difahamkan, filem ini akan ditetapkan diluar DCEU dan akan menampilkan pelakon lain yang berbeza dengan pelakon dalam kesinambungan filem-filem DC.

Walaupun masih belum disahkan, Penguin dikhabarkan antara ‘supervillain’ yang bakal membuat kemunculan dalam filem The Batman arahan Matt Reeves. Setakat ini beberapa pelakon telah dikaitkan dengan karakter villian itu, antara yang terbaru adalah Jonah Hill, yang turut ditawarkan watak Riddler.

BACA:  Kurang Promosi Bukan Punca Filem Lebuhraya Ke Neraka Kurang Mendapat Sambutan

Setakat ini, berita mengenai filem standalone Penguin masih lagi samar-samar kerana tiada maklumat jelas mengenainya dari pihak studio. Mungkin peminat terpaksa menantikan sediki masa lagi untuk mengentahui sama ada filem ini akan dihasilkan atau sekadar satu lagi khabar angin dari Hollywood.

Tinggalkan Balasan

shares