Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Dilaporkan Mahu Steven Seagal Bawakan Watak Batman Sebelum Michael Keaton Dipilih


Cuba anda bayangkan, Steven Seagal dalam sut Batman? agak janggal bukan? tahukah anda bahawa Steven Seagal merupakan antara pelakon yang dicadangkan oleh Warner Bros. untuk membawakan peranan Batman dalam filem Batman arahan Tim Burton yang diterbitkan pada 1989.

Sempena menyambut ulangtahun ke-30 filem tersebut, penulis skrip Sam Hamm mendedahkan perancangan awal studio Warner Bros. pada penghujung tahun 80an dalam mencari pelakon yang sesuai untuk bawakan watak Batman.

Menurutnya lagi, Warner Bros.membuat keputusan untuk memberi lebih fokus kepada karakter Batman berbanding alter egonya sendiri, Bruce Wayne dan mereka mahukan pelakon yang memiliki kelebihan fizikal untuk bawakan peranan tersebut.

Salah satu nama yang dicadangkan pihak studio adalah Steven Seagal, bintang filem aksi yang semakin naik pada zaman itu.

“There were a lot of people at Warner Brother who wanted to cast it with an action star. They wanted to cast the part as Batman, as opposed to casting it as Bruce Wayne. You have to make Bruce Wayne work, because Batman is, for the most part, going to be a stunt guy, or it’s going to be somebody running around in a costume in long shot. You don’t need the martial arts expertise of, say, Steven Seagal or somebody like that because you can fake all of that kind of stuff. Seagal was one of the people that was suggested to us.”


Tidak boleh dibayangkan bagaimana lakonan Seagal sebagai Batman dalam filem tersebut. Steven Seagal mungkin memiliki kelebihan dari segi fizikal, tetapi watak yang mampu dibawa pelakon tersebut adalah terhad, apatah lagi untuk bawakan watak Bruce Wayne/Batman yang memerlukan pelakon berkarisma dan berkaliber.

Mujur Michael Keaton dipilih untuk berlakon dalam filem arahan Tim Burton itu, dan lakonan sebagai adiwira Gotham itu masih diingati peminat sehingga kini.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee