Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Warner Bros. Dedah Trailer Pertama “Justice Society: World War II”, Umum Tarikh Tayangan

Warner Bros. telah melancarkan trailer rasmi filem animasi Justice Society: World War II, entri seterusnya dalam siri popular DC Universe Movies. 

Diterbitkan Warner Bros. Animation dan DC, filem animasi ini akan diedarkan Warner Bros. Home Entertainment dalam bentuk digital bermula 27 April 2021, dan versi Ultra HD Blu-ray pek kombo dan Blu-ray pada 11 Mei 2021. 

Anda boleh saksikan trailer dibawah.

The Flash memecut ke tengah-tengah pertempuran epik di antara Golden Age DC Super Heroes dan Nazi dalam Justice Society: World War II. Filem ini melihat versi moden Barry Allen – sebelum pembentukan Justice League – yang mendapati dia mampu berlari lebih pantas dari apa yang dia bayangkan, dan kejayaan itu menghasilkan pertemuan pertamanya dengan Speed ​​Force.

The Flash segera dilancarkan ke tengah-tengah pertempuran sengit – terutamanya antara Nazi dan pasukan Golden Age DC Super Heroes yang dikenali sebagai The Justice Society of America.

Diketuai oleh Wonder Woman, kumpulan ini terdiri daripada Hourman, Black Canary, Hawkman, Steve Trevor, dan Golden Age Flash, Jay Garrick. The Flash menawarkan diri untuk membantu rakan-rakan pahlawannya dalam mengatasi timbangan perang yang memihak kepada mereka, sementara pasukannya berusaha mencari jalan untuk menghantarnya pulang.

Stana Katic dan Matt Bomer, yang membuat debut dalam DC Universe Movies sebagai Lois Lane dan Superrman dalam filem Superman: Unbound, kembali dalam siri filem animasi DC dengan membawa watak utama sebagai Wonder Woman dan The Flash. 

Turut menyertai Katic dan Bomer adalah Geoffrey Arend sebagai Charles Halstead/Advisor, Armen Taylor sebagai Jay Garrick, Elysia Rotaru sebagai Black Canary, Liam McIntyre sebagai Aquaman, Omid Abtahi sebagai Hawkman, Matthew Mercer sebagai Hourman, Keith Ferguson sebagai Dr. Fate, Darin De Paul sebagai Franklin Delano Roosevelt, Ashleigh LaThrop sebagai Iris West, dan Chris Diamantopoulos sebagai Steve Trevor.

Jee Wamester mengarahkan Justice Society: World War II berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Meghan Fitzmartin dan Jeremy Adams. Jim Krieg dan Kimberly S. Moreau bertindak sebagai penerbit. 

Related posts

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment