Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Warner Bros. Dedah Pandangan Pertama The Conjuring: The Devil Made Me Do It

Warner Bros. Entertainment telah melancarkan video ‘featurette’ yang memberikan gambaran belakang tabir The Conjuring Universe ciptaan James Wan. 

Video ini juga turut memberikan pandangan pertama filem The Conjuring: The Devil Made Me Do It arahan Michael Chaves, menampilkan kepulangan Patrick Wilson dan Vera Farmiga sebagai Ed dan Lorraine Warren. Turut dipaparkan adalah wawancara Wan dan barisan pelakon The Conjuring Universe. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La Llorona, Michael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey menjadi penerbit eksekutif filem ini. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It menjadi filem ketujuh dalam The Conjuring Universe, francais filem seram terbesar dalam sejarah Hollywood, dan telah menjana $1.8 juta dolar seluruh dunia. Antara filem seram dalam francais ini termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: CreationThe Nun, dan Annabelle Comes Home.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It akan ditayangkan dipawagam pada 4 Jun 2021

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

“Deleted Scene” Black Widow Tunjuk Kepintaran Natasha, & Menggoda Pasukan Superhero ‘Thunderbolts’

Kakimuvee

Klip Video “Candyman” Tunjuk Kenapa Anda Tidak Boleh Sebut Namanya

Kakimuvee

Kereta Api ‘Dijahanamkan’ Dalam Video Terbaru Set Penggambaran “Mission: Impossible 7”

Kakimuvee

Deleted Scene “Ant-Man and The Wasp” Dedah Bagaimana Janet Van Dyne Boleh Bertahan Di Quantum Realms

Kakimuvee

[SPOILER] ‘Alternate Ending’ Black Widow Bocor Di Media Sosial

Kakimuvee

Leave a Comment