Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Berminat Untuk Hasilkan Sekuel Joker

Joker mungkin pada asalnya dianggap sebagai ‘villain’, namun kisah ‘origin’nya telah mencipta telah membuka mata penonton tentang bagaimana seorang yang baik, bukan penjenayah menjadi penjahat yang menakutkan. Disakiti barangkali…

Kejayaan filem Joker baik dari segi penerimaan peminat dan komersial menyaksikan filem arahan Todd Philips mungkin akan mendapat sekuel.

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, studio Warner Bros. dilaporkan “berminat” untuk menghasilkan sekuel Joker. Itu tidak bermakna ia akan berlaku 100% dan pihak studio belum lagi memberi lampu hijau, cuma mereka berminat untuk meneroka lebih lanjut kisah Arthur Fleck.

Joker kini telah mengutip lebih $500 juta dolar seluruh dunia dan menjadi antara filem paling berjaya bagi studio Warner Bros. Tambahan pula, pelakon utamanya Joaquin Phoenix dan Todd Philips turut dikatakan berminat untuk kembali dalam filem sekuel

Jadi segala-galanya kini bergantung kepada Warner Bros. sama ada mahu meneruskan sekuel atau berhenti setakat ini. Mungkin mereka juga boleh mempertimbangkan untuk hasilkan filem ‘crossover’ bersama Batman. Apapun kita nantikan perkembangan dimasa akan datang.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment