Berita

Warner Bros. Beri Lampu Hijau Untuk Hasilkan Joker 2, Todd Philips & Joaquin Phoenix Akan Kembali

Views

Satu perkembangan yang menarik buat peminat-peminat filem komik DC terutamanya Joker. Beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa studio Warner Bros. telah memberi lampu hijau kepada Todd Philips untuk menghasilkan filem Joker 2. 

Pelakon Joaquin Phoenix juga dilaporkan akan turut kembali membawakan watak ikoniknya sebagai Arthur Fleck a.k.a Joker.

Bagaimanapun laporan dari laman The Hollywood Reporter yang menyatakan bahawa Todd Philips turut diberi tanggungjawab untuk menguruskan beberapa projek filem ‘origin’ villain DC nampaknya tidak tepat. Menurut sumber yang mendedahkan kepada  Deadline, Todd Philips tidak diberikan sebarang projek lain selain Joker, dan tiada perbincangan mengenainya.

Filem Joker yang ditayangkan pada awal Oktober yang lalu telah mencipta beberapa rekod termasuklah menjadi filem ‘r-rated’ yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman dan filem ‘r-rated’ pertama yang mencapai kutipan $1 billion dolar.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai perancangan filem sekuel. Pengarah Todd Philips dan pelakon Joaquin Phoenix beberapa kali menyatakan secara terbuka bahawa mereka berminat untuk kembali sekiranya Warner Bros. merancang untuk hasilkan filem Joker 2.

Dalam filem yang lalu, Joaquin Phoenix memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang disisihkan dan tertekan dengan masyarakat disekeliling yang akhirnya menyebabkan dia bertukar menjadi penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem Joker adalah Robert De Niro, Zazie Beetz, Marc Maron dan beberapa pelakon lain.

BACA:  Captain Marvel Mulakan Penggambarannya Secara Rasmi

Anda teruja dengan Joker 2? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares