Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Benarkan J.J. Abrams Pilih Filem DCEU Yang Ingin Diarahkannya


J.J. Abrams mungkin tidak sehebat pengarah-pengarah tersohor di Hollywood, namun dia terkenal kerana berjaya menghidupkan semula beberapa francais besar seperti Star Trek untuk studio Paramount dan Star Wars saga untuk Disney.

Warner Bros. dan J.J Abrams baru-baru ini telah menandatangani perjanjian eksklusif yang mana Abrams akan menghasilkan beberapa filem untuk studio terbabit. Sudah tentu, kehebatan Abrams menghidupkan kembali francais terkenal membuatkan pihak Warner Bros. turut mengharapkan pekara yang serupa untuk francais yang mereka miliki.

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, Warner Bros. mungkin akan meminta Abrams untuk mengetuai dan menyusun kembali struktur filem-filem DCEU yang kini berada dalam keadaan celaru.

Malah, pihak studio juga dilaporkan telah memberi kebebasan kepada pengarah tersebut untuk mengarahkan salah satu atau mungkin dua dari tiga filem yang ditawarkan; iaitu Justice League reboot, sekuel Superman atau Green Lantern Corps. 

Menurut laman itu lagi, Abrams mungkin tidak akan mengarahkan ketiga-tiga filem tersebut sekaligus, sebaliknya akan memilih salah satu dan dua filem dari tiga yang ditawarkan.


Pada musim panas yang lalu, Warner Bros. dilaporkan bersungguh-sungguh mahu menghasilkan semula filem Justice League dan menamakan bekas pengarah Guardians of the Galaxy, James Gunn sebagai pengarah. Tetapi kini, selepas kedua-duanya memeterai perjanjian kerjasama, Abrams menjadi pilihan pertama untuk arahkan filem reboot Justice League. 

Diharapkan, kerjasama diantara Abrams dan Warner Bros. diharap dapat mengembalikan zaman kegemilangan filem-filem DC, dan menghidupkan kembali beberapa filem yang tertangguh seperti Green Lantern Corps. 

Kepada peminat filem-filem DC, agaknya filem manakah yang paling sesuai diarahkan oleh J.J Abrams? Justice League? Superman atau Green Lantern Corps? Kongsikan pendapat anda.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee