Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Batalkan Projek James Wan “The Trench” & Ava DuVernay “New Gods”

Dua projek terbaru DC yang satu ketika dahulu dianggap sangat menarik, tetapi kini hanya tinggal kenangan. Menurut laporan The Hollywood Reporter, Warner Bros. secara rasmi membatalkan projek spin off Aquaman, The Trench yang diketuai James Wan, dan projek New Gods yang diketuai Ava DuVernay. 

Sebagai sebahagian daripada perancangan DC kami, beberapa tajuk legasi yang sedang dibangunkan, termasuk New Gods dan The Trench tidak akan diteruskan” kata Warner Bros. dan DC dalam satu kenyataan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami, Ava DuVernay, Tom King, James Wan dan Peter Safran untuk masa dan kolaborasi mereka selama proses ini dan menantikan perkongsian berterusan kami dengan mereka dalam cerita DC yang lain. Projek-projek itu tetap berada di tangan mereka yang mahir jika mahu diteruskan di masa hadapan”

Sumber melaporkan keputusan untuk membatalkan pembangunan projek-projek itu muncul ketika Presiden DC Films Walter Hamada dan eksekutif studio lain mula melihat senarai projek komik DC yang dikembangkan untuk DC Exended Universe, dan percaya bahawa sukar untuk menyelesaikan projek itu dalam beberapa tahun akan datang. Daripada membiarkan mereka terlibat dalam projek yang tergantung dan tanpa hala tuju yang jelas, pihak studio membuat keputusan untuk menutup pembangunan buat masa ini.

Namun demikian, Warner Bros. dan DC masih terbuka untuk meninjau semula projek-projek yang dibatalkan sekiranya terdapat minat yang jelas dari penonton yang mahu melihat dunia Atlantik dan kosmik. Menurut sumber lagi, Warner Bros, merasakan sekuel Aquaman yang diketuai Jason Momoa sudah mencukupi buat sementara waktu.

Berkenaan filem epik arahan DuVernay, beberapa sumber berkata, keputusan untuk menghentikan pembangunan New Gods adalah bagi meletakkan ruang antara filem itu dan filem Zack Snyder’s Justice League, memandangkan New Gods akan memasukan Darkseid sebagai penjahat – yang mana baru-baru ini telah dilihat dalam filem Justice League versi Zack Snyder. 

Disebalik berita yang mengecewakan ini, DCEU masih dipenuhi dengan banyak projek yang menarik seperti The Suicide Squad dan siri spin off nya, Peacemaker, filem dari New Line Black Adam dan Shazam! Fury of the Gods, Blue Beetle, Supergirl, Batgirl, The Flash, Green Lantern Corps, Zatanna, Wonder Woman 3 dan spin-off mengenai dunia Themyscira, serta filem terbaru Superman dari penulis Ta-Nehisi. Selain itu juga terdapat trilogi The Batman yang diketuai Robert Pattinson dan spin-off nya, Gotham City Police Department – yang diharapkan akan terikat dengan dunia DCEU. 

Walaupun projek Wan dan DuVernay telah dibatalkan, mereka masih lagi bekerja dengan DC. Wan terlibat dengan sekuel Aquaman yang dijangka memulakan penggambaran pada musim panas ini, manakala DuVernay menjadi penulis bersama dan menerbitkan siri The CW, Naomi, adaptasi dari komik DC berjudul sama, dan turut menjadi penerbit eksekutif dan mengarahkan siri adaptasi komik grafik Vertigo DMZ untuk HBO Max.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment