Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Bangunkan Sekuel Animasi “Mortal Kombat”

Selepas Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge, Warner Bros. bersedia untuk menghasilkan filem kedua apabila mengumumkan sekuel animasi bertajuk Mortal Kombat Legends: Battle of the Realms. Buat masa ini, tarikh tayangan masih belum diumumkan dan berkemungkinan besar ia akan dilancarkan di platform streaming HBO Max.

TheHollywoodReporter melaporkan barisan pelakon filem terdahulu akan kembali meneruskan peranan masing-masing. Joel McHale dan Jennifer Carpenter akan mengulangi peranan Johnny Cage dan Sonya Blade. Sebilangan besar watak lain yang tidak dibunuh dalam filem sebelumnya akan kembali dalam entri akan datang.

Antara pelakon yang kembali menyumbang suara adalah Jordan Rodrigues sebagai Liu Kang, Patrick Seitz sebagai Scorpion, Artt Butler sebagai Shang Tsung, Dave B. Mitchell sebagai Raiden, Ike Amadi sebagai Jax, Grey Griffin sebagai Kitana dan Fred Tatasciore sebagai Shao Kahn. 

Selain itu juga, terdapat beberapa pelakon baru seperti Matthew Mercer yang akan membawa suara Stryker dan Smoke, Bayardo De Murguia sebagai Sub-Zero dan Kuai Liang, Matt Yang King sebagai Kung Lao, Paul Nakauchi sebagai Lin Kuei Grandmaster, Emily O’Brien sebagai Edenian Jade dan ramai lagi. 

Pasukan kreatif turut kembali dalam projek akan datang. Ethan Spaulding akan mengarahkan filem Mortal Kombat Legends: Battle of the Realms berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Jeremy Adams. Rick Morales dan Jim Krieg masih berfungsi sebagai penerbit dan Sam Register sebagai penerbit eksekutif. 

Pencipta siri Ed Boon akan berkhidmat sebagai konsultan kreatif. Filem animasi ini adalah kerjasama diantara Warner Bros. Animation dan studio permainan video NetherRealm.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment