Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Bakal Terbitkan Filem Plastic Man

Satu lagi karakter dari komik DC iaitu Plastic Man dijangka bakal ke layar perak tidak lama lagi. Pekara tersebut diumumkan oleh studio Warner Bros. baru-baru ini.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, Amanda Idoko telah dipilih untuk menulis skrip filem yang bergenre aksi komedi itu. Bagaimanapun, pengarah untuk filem ini masih belum dipilih.

Plastic Man pertama kali muncul dalam komik Quality Comics pada tahun 1941 dan dicipta oleh Jack Cole. Pada tahun 1956, karakter adiwira itu menjadi milik DC selepas syarikat Quality Comics memberhentikan operasi mereka.

Plastic Man aka Patrick “Eel” O’ Brian merupakan penjenayah yang ditembak dalam satu rompakan. Ketika itu juga, dia telah terkena bahan kimia yang membuatkannya memiliki abiliti “Shapeshifting” dan juga dapat mengembangkan badannya. Dia kemudiannya meninggalkan dunia jenayahnya dan menjadi anggota polis. Plastic Man pernah menyertai Justice League dan juga memiliki siri kartunya sendiri.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment