Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros Bakal Hasilkan Filem Reboot Mortal Kombat

mortal-kombat

Sudah menjadi trend syarikat produksi Hollywood menghasilkan semula filem-filem yang pernah popular pada masa dahulu. Terbaru, dikhabarkan pihak Warner Bros telah memulakan langkah menghasilkan filem reboot Mortal Kombat.

Filem yang diadaptasikan dari permainan video ini pernah dikeluarkan pada tahun 1995 dan diarahkan oleh pengarah filem Resident Evil iaitu Paul W. S. Anderson. Namun setelah sekuel kedua iaitu Mortal Kombat: Annihilation, filem ini tidak meneruskan sekuel ketiga walaupun kedua-dua filem tersebut mencatat kutipan yang memberangsangkan diseluruh dunia.

Ini disebabkan respond negatif yang diterima dari penonton setelah mereka menonton filem ini terutamanya sekuel Mortal Kombat: Annihilation yang dikecam teruk gara-gara effect dan jalan cerita yang teruk.

Walaupun rancangan penghasilan reboot filem ini telah dimulakan pada tahun 2011, namun prosesnya terlalu pelahan malah terdapat beberapa masalah yang menyebabkan ia tertangguh begitu lama. Setakat ini, pihak produksi telah memberi tanggungjawab kepada pengarah Australia, Simon McQuiod untuk mengarahkan filem reboot ini dan skrip masih lagi didraf oleh penulis Greg Russo.

Details filem reboot ini masih lagi tidak diketahui memandang pihak produksi baru memulakan usaha penghasilan filem ini. Selain itu juga, filem manakah yang akan dipilih pihak produksi untuk menghasilkan filem reboot ini masih tidak diketahu. Samada mereka mahu menghasilkan reboot berdasarkan filem pertama. ataupun  filem kedua. Namun terdapat laporan filem reboot ini bakal fokus kepada salah satu watak dalam filem Mortal Kombat: Annihilation, iaitu Shao Kahn.

mortal-kombat-game

Terdapat ura-ura beberapa pelakon hebat bakal membintangi filem Mortal Kombat antaranya Megan Fox yang dikatakan akan membawa watak Princess Katana. Selain itu, laporan lain turut menyebut beberapa nama yang bagi kami sangat menarik untuk berlakon dalam filem ini seperti bintang filem White House Down, Channing Tatum yang dikatakan membawa karakter Johnny Cage, Charlize Theron, Idris Elba dan Ronda Rousey.

Ini tidak termasuk beberapa nama lain yang disebut-sebut dalam beberapa laman web hiburan dan peminat permainan Video game ini seperti Tony Jaa, Robin Shou, Scott Adkins, Van Diesel, dan Iko Uwais.

Jika aktor-aktor yang tersebut terlibat dalam penghasilan filem reboot ini, dijangka filem ini akan padat dengan aksi pertarungan memandangkan mereka memang terkenal dalam penghasilan filem-filem aksi.

Dalam filem terdahulu, beberapa pahlawan bumi telah terlibat dalam pertandingan maut seni bela diri bagi menyelamat bumi dari dibinasakan oleh pahlawan jahat iaitu Shang Tsung dan Shao Khan. Filem-filem berkenaan sememangnya padat dengan pertempuran seni bela diri, selaras dengan perjalanan pemainan video ini yang berasaskan pertarungan.

Filem reboot Mortal Kombat ini masih diperingkat awal pembikinan, dan segala update mengenai pelakon, tarikh tayanga dan plot akan diberitahu kelak.

Agak-agak Siapakah pelakon yang layak untuk membintangi filem ini?

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment