Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Bakal Hasilkan Filem Prekuel Training Day

Warner Bros. dilaporkan sedang membangunkan filem prekuel Training Day, dengan Nick Yarborough telah dipilih untuk menulis skrip.

Pembangunan masih lagi diperingkat awal, tetapi menurut laporan dari Collider, prekuel itu nanti akan ditetapkan 10 tahun lebih awal dari filem pertama yang diterbitkan pada 2001 dan akan berlatarbelakangkan kejadian rusuhan di Los Angelas akibat dari kejadian yang menimpa aktivis Rodney King.

Filem pertama Training Day diarahkan oleh Antoine Fuqua berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Ayer, dan dibintangi pelakon seperti Denzel Washington, Ethan Hawke, Eva Mendes, dan Scott Glenn berserta cameo dari Dr. Dre dan Snoop Dogg. Ia mengisahkan tentang seorang polis baru (Hawke) yang bertugas pada hari pertama bersama-sama rakannya (Washington) yang mana rakan setugasnya itu terlibat dalam pelbagai kejadian jenayah sekitar Los Angeles.

Setakat ini, tarikh tayangan dan barisan pelakon masih belum diketahui.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment