Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Bakal Hasilkan Filem Live Action Zatanna

Menurut DCEU Mythic, Warner Bros. Pictures dilaporkan sedang dalam proses untuk membangunkan filem live-action terbaru yang akan berkisarkan tentang adiwira magik Zatanna Zatara.

Walaupun Zatanna merupakan karakter utama dalam filem animasi Justice League Dark, sumber tersebut menyatakan, filem live action ini akan berbeza dengan projek Justice League Dark terbitan produksi Bad Robot.

Jika laporan tersebut tepat, ini akan menandakan karakter Zatanna mendapat filem live action solonya sendiri dalam DCEU.

Dicipta Gardner Fox dan Murphy Anderson, Zatanna Zatara pertama kali muncul dalam komik Hawkman pada November 1964. Dia merupakan anak ahli silap mata terkenal iaitu Giovanni Zatara, yang pertama kali muncul semasa era emas buku komik. Zatanna mewarisi kuasa magik dari ayahnya, dan memulakan karier sebagai ahli sihir profesional. Antara kuasanya adalah kebolehan mengawal elemen, telekinesis, telepati, teleportation dan memanipulasi realiti.

Walaupun tidak pernah muncul dalam mana-mana filem live-action, karakter tersebut pernah membuat penampilan pertamanya dalam siri popular DC, Smallville dan dilakonkan Serinda Swan. Bagaimanapun, Zatanna kerap muncul dalam siri animasi seperti Batman: The Animated Series, Batman Beyond, Justice League Unlimited, Young Justice serta rancangan televisyen terbaru iaitu DC Super Hero Girls dan Harley Quinn,

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment