Berita

Warner Bros. Awalkan Tarikh Tayangan Filem Live Action Tom and Jerry

Views

Studio Warner Bros. telah menukar tarikh tayangan filem ‘live action’ Tom and Jerry dari 16 April 2021 ke tarikh lebih awal iaitu pada 23 Disember 2020, dua hari sebelum perayaan Krismas.

Pertukaran tarikh ke musim perayaan itu menunjukkan pihak studio yakin dengan filem terbaru mereka memandangkan tarikh tersebut pasti akan dipenuhi dengan beberapa filem blockbuster yang lain. Setakat ini tidak dipastikan filem apakah yang akan bersaing dengan Tom and Jerry. 

Filem live action hybrid ini akan diarahkan Tim Story, manakala skrip ditulis oleh Katie Silberman, April Prosser dan Kevin Costello.

Barisan pelakon terdiri daripada Chloë Grace Moretz yang akan memainkan watak utama sebagai Kayla, dan dia akan disertai beberapa pelakon lain seperti Michael Peña sebagai Terrance, Ken Jeong sebagai Jackie, Rob Delaney sebagau DuBros, Pallavi Sharda sebagai Preeta, Jordan Bolger sebagai Cameron, Colin Jost dan Patsy Ferran.

Tom and Jerry akan berkisarkan tentang Kayla, seorang pekerja baru disebuah hotel. Dia terpaksa mengupah Tom, seekor kucing semata-mata untuk menghalau seekor tikus yang bernama Jerry demi menyelamatkan pekerjaannya, dan dalam masa yang sama perlu menghadapi Terrance, seorang penolong pengurus yang suka membuli.

BACA:  Warner Bros. Benarkan J.J. Abrams Pilih Filem DCEU Yang Ingin Diarahkannya
shares