Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Animation Dedahkan Pandangan Pertama & Barisan Pelakon Filem Animasi Superman: Red Son

Warner Bros. Animation telah melancarkan pandangan pertama filem animasi terbaru mereka berjudul Superman: Red Son. Filem animasi ini diadaptasikan dari komik popular DC berjudul sama karya Mark Millar, dan ia akan berkisarkan tentang bagaimana jika Kal-El terhempas di pedalaman Soviet Union, bukannya Kansas seperti siri komik asal.

Superman: Red Son diarahkan oleh Sam Liu (Justice League vs. The Fatal FiveReign of the Supermen) dan diterbitkan oleh Bruce Timm dan Sam Register. Anda boleh saksikan gambar pandangan pertama Superman: Red Son diatas.

Filem animasi ini disuarakan oleh Jason Isaacs (Star Trek: Discovery) yang akan memainkan peranan sebagai Superman, Amy Acker (The Gifted) sebagai Lois Lane, Diedrich Bader (Batman: The Brave and the Bold) sebagai Lex Luthor, Vanessa Marshall (Star Wars Rebels) sebagai Wonder Woman, Phil Morris (Doom Patrol) sebagai James Olsen, Paul Williams (Goliath) sebagai Brainiac.

Selain itu juga, ianya turut disertai Sasha Roiz (Grimm) yang akan memainkan peranan sebagai Hal Jordan, Phil LaMarr (Supergirl) sebagai John Stewart, Roger Craig Smith (Batman Ninja) sebagai Batman, Jim Meskimen (Constantine: City of Demons) sebagai John F. Kennedy dan Travis Willingham (Batman: Bad Blood) sebagai Superior Man.

Superman: Red Son akan dilancarkan pada tahun 2020 dalam bentuk digital dan Blu-Ray

Related posts

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

Leave a Comment