
Warner Bros. telah menetapkan tarikh tayangan Wonka, prekuel kepada Charlie and the Chocolate Factory yang akan diarahkan oleh Paul King (Paddington, Paddington 2, Come Fly with Me.
Filem ini akan dilancarkan pada 17 Mac 2023, dan akan diterbitkan oleh David Heyman (francais Harry Potter, Once upon a Time.. in Hollywood, Gravity).
Wonka akan memberi fokus kepada zaman muda Willy Wonka dan penggembaraannya sebelum membuka kilang coklat paling terkenal di dunia. Skrip filem ditulis oleh Simon Rich (An American Pickle, SNL).
Charlie and the Chocolate Factory telah dua kali diadaptasikan ke layar perak iaitu versi hit tahun 2005 lakonan Johnny Depp dan arahan Tim Burton, dan yang paling terkenal, diterbitkan pada 1971, Willy Wonka & the Chocolate Factory lakonan Gene Wilder.
Charlie and the Chocolate Factory diadaptasikan dari novel British berjudul sama karya Roald Dahl. Novel kedua Charlie and the Great Glass Elevator tidak pernah diadaptasikan (walaupun unsur-unsurnya digunakan dalam kedua-dua filem), dan penulis Roald Dahl cuba menghasilkan buku ketiga Wonka berjudul Charlie in the White House, namun dia meninggal dunia pada tahun 1990.