Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

War Of The Planet Of The Apes Review

Keangkuhan manusia yang cuba mengubah hukum alam dengan cuba mencipta virus yang akan mengubah beruk menjadi lebih pintar akhirnya memakan diri apabila virus-virus tersebut telah tersebar keseluruh dunia dan menyebabkan manusia diambang kepupusan dan sebaliknya beruk menjadi semakin bijak dan bakal mendominasi Bumi.

Bermula dari Rise of the Planet of the Apes sehingga Dawn of the Planet of the Apes, filem terbaru arahan Matt Reeves, War of the Planet of the Apes menyaksikan manusia bergelut bagi memastikan mereka masih releven sebagai spesis yang mendominasi planet Bumi manakala Spesis Apes pula cuba untuk terus hidup walaupun diancam bahaya disebabkan diburu oleh Manusia.

Konflik dan dendam kesumat yang menyelubungi dalam diri Caesar (Lakonan Andy Serkis) telah mengubah dirinya dari seorang ketua yang menjaga keselamatan kumpulannya kepada individu yang ingin mencari pembelaan akibat kematian ahli keluarganya yang dibunuh oleh Kolonel (lakonan Woody Harrelson), ketua tentera manusia yang memburu saki baki spesis Apes yang tinggal.

Matt Reeves bijak mencoret jalan cerita filem War of the Planet of the Apes supaya kelihatan menarik dan penuh dramatik. Beliau telah membuatkan penonton untuk memilih samada melihat Caesar dapat melunaskan dendam kesumatnya terhadap Kolonel atau melihat Kolonel menjadi hero kepada spesis manusia agar dapat terus hidup dan seterusnya menjadi spesis dominan di Bumi.

Andy Serkis begitu menjiwai watak Caesar yang dibawa olehnya sehinggakan penonton dapat merasai keperitan yang dihadapinya dan tanggungjawabnya yang besar bagi memastikan kumpulan selamat dari dibunuh oleh tentera-tentera manusia. Suaranya, body language serta ekspresi wajahnya sepanjang filem membuatkan watak Caesar kali ini begitu menjadi.

Pendek kata prestasi dan storyline filem ini berada ditahap terbaik sekali. Itu belum dicampur dengan visual effek, CGI dan sound score filem yang begitu menakjubkan. Saya suka dengan team visual effect mereka yang berjaya menghasilkan visual Apes dengan begitu teliti terutamanya apabila difokus dengan lebih dekat. Musik-musik iringan juga begitu dramatik dan sangat kena dengan situasi setiap babak yang ditunjukkan. Thanks kepaa Komposer Michael Giacchino yang telah menghasilkan sebuah score filem yang sangat menarik kali ini.

Walaupun ia sebuah filem yang serius, sedikit humor turut diselitkan dalam filem ini, tidak begitu “try hard”, celoteh, gerak badan serta mimik muka karakter monyet zoo (lakonan Steve Zahn) kadang kala memecah kesunyian penonton yang begitu fokus melihat filem berkenaan.

Tak lupa juga babak-babak aksi dan dramatik filem ini terutamanya di awal filem yang mana sekumpulan anggota tentera telah menyerbu penempatan Apes serta semasa babak Apes melarikan diri tahanan dan peperangan diantara tentera Kolonel dan tentera manusia yang lain. Walapun tidak banyak aksi, tetapi aksi yang ditonjolkan cukup mendebarkan.

Secara keseluruhannya, filem terakhir dari reboot filem Planet of the Apes ini sangat memuaskan hati. Bagi saya, kehebatan filem ini dan filem Logan tiada bezanya. Trilogi ini ditamatkan dengan babak yang cukup menyedihkan, spesis Apes berjaya diselamatkan dan Kolonel gagal untuk memastikan manusia terus kekal berada di Planet Bumi.

Rating: 9.5/10

Related posts

Review Filem: Makmum 2 (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: Sing 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Siti: Are You Ready? (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Don’t Look Up (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spider-Man: No Way Home (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Ghostbusters: Afterlife (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment