Wangi, Misteri Di Sebalik Kehilangan Bella

491
views

Syarikat penerbitan Resilience Studio Sdn. Bhd. bakal menyajikan kepada penonton sebuah filem psiko thriller dan jenayah seram tempatan berjudul Wangi.

Wangi akan mengisahkan tentang tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu Azlan (Syazwan Zulkifli).

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Filem ini ditulis dan diarahkan sendiri oleh pengarah Mohd Latiff Zami dan diterbitkan oleh Shuhada Mohd. Filem Wangi juga turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya Nik Muhammad Adam Mikael, Ruminah Sidek dan Mia Nasir.

Bagi peminat yang mengemari plot-plot seram dan misteri dalam sesebuah cerita, jangan lupa saksikan filem Wangi yang akan mula ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 5 September ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here