Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

WandaVision: Scarlet Witch Akan Mencipta Mutan Di MCU?

Apabila Wanda dan Pietro Maximoff membuat debut di MCU dalam filem Avengers: Age of Ultron, peminat dijelaskan bahawa kuasa hebat kedua-dua kembar itu berasal dari Mind Stone selepas terlibat dengan eksperimen Hydra.

Namun, seperti ada kisah ‘origin’ kedua-dua kembar itu yang mungkin peminat tidak tahu, lebih-lebih lagi selepas buku “The Wakanda Files: A Explological Technology of the Avengers and Beyond” mendedahkan kenapa adik-beradik Maximoff dipilih sebagai subjek eksperimen Hydra. 

Dalam buku itu, ia menjelaskan bahawa kedua-dua mereka telah dipilih oleh Hydra kerana keunikan bilangan penanda genetik. Ini bermaksud, dalam Age of Ultron, peminat hanya mengentahui sedikit sahaja latarbelakang kembar itu, dan siri Disney+ WandaVision bakal meneroka lebih dalam lagi kisah asal usul kembar itu, terutamanya Wanda Maximoff.

Dalam temubual bersama Empire Magazine, presiden Marvel Studios Kevin Feige membincangkan tentang siri MCU WandaVision yang dinantikan peminat, dan mengesahkan bahawa siri itu akan menyentuh kisah sebenar kuasa Scarlet Witch yang masih dimanfaatkannya. 

If you look at the Infinity Saga, I don’t think any single person has gone through more pain and trauma than Wanda Maximoff. And no character seems to be as powerful as Wanda Maximoff. And no character has a power-set that is as ill-defined and unexplored as Wanda Maximoff,”

“So it seemed exploring that would be worthwhile post-Endgame. Who else is aware of that power? Where did it come from? Did the Mind Stone unlock it?

Pendedahan Feige agak menarik kerana peminat akhirnya dapat mengentahui kisah ‘origin’ Scarlet Witch dengan lebih mendalam, dan melihat  kuasa sebenarnya. Selain itu juga, ia berpotensi untuk mengesahkan teori House of M, yang mana dalam versi komik, Wanda adalah orang yang mencipta mutan.

Jadi, mungkin siri akan datang bakal menunjukkan bagaimana Wanda secara tidak sengaja mencipta mutan selepas dia melepaskan kuasanya (seperti yang ditunjuk dalam komik House of M). Tambahan pula, sejak WandaVision diumumkan, peminat telah berspekluasi bahawa siri ini mungkin salah satu cara untuk Marvel Studios memperkenalkan kewujudan mutan dalam MCU. 

Berlatarbelakangkan era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.

Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.

Jac Schaeffer bertindak sebagai penerbit, showrunner dan ketua barisan kreatif siri ini, manakala Matt Shakman sebagai pengarah. WandaVision akan disiarkan dilaman penstriman Disney+ 15 Januari 2021.

Related posts

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating