Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Wanda Bina Kembali Realitinya Dalam TV SpotTerbaru “WandaVision”

Satu tv spot terbaru WandaVision telah tertiris di media sosial dengan paparan rakaman terbaru yang menunjukan Wanda sedang mencipta kembali realitinya. Rakamn tv spot berkualiti rendah ini telah dirakam seorang peminat dan memuatnaik di media sosia. Anda boleh saksika tv spot tersebut dibawah. 

Berlatarbelakangkan era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.


Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.

Jac Schaeffer bertindak sebagai penerbit, showrunner dan ketua barisan kreatif WandaVision, manakala Matt Shakman sebagai pengarah. WandaVision akan tersedia di platform streaming Disney+ pada 15 Januari 2021.

Related posts

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

Leave a Comment