Walt Disney Studios Cipta Rekod , Catat Kutipan Box Office Sebanyak $8 Billion Dolar Tahun Ini

2638
views

Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger telah mengumumkan bahawa Walt Disney Studios telah mencapai kutipan sebanyak $8 bilion di pentas box office global tahun ini. Kutipan tersebut sekaligus mengatasi rekod kutipan pada tahun 2016 dimana Disney mencatatkan kutipan sebanyak $7.67 billion seluruh dunia.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada The Walt Disney Studios kerana mencapai $8 bilion di box office global setakat tahun ini – rekod industri baru – terima kasih kepada prestasi cemerlang filem Marvel, Pixar dan Disney kami,” ujar Iger semasa menyampaikan laporan prestasi kewangan syarikat.

Prestasi box office Disney dibantu filem Avengers: EndgameThe Lion KingCaptain Marvel, dan Aladdin –  dimana kesemuanya telah melepasi angka $1 billion dolar seluruh dunia. Avengers: Endgame yang dibantu dengan tayangan semula telah mencatatkan kutipan sebanyak $2.789 billion dolar, sekaligus mengatasi rekod kutipan filem Avatar arahan James Cameron untuk menduduki tangga pertama carta kutipan paling laris sepanjang zaman.

Berikut adalah antara filem yang menyumbang kutipan box office Disney

  1. Avengers: Edngame – $2.79B
  2. The Lion King – $1.20B
  3. Captain Marvel – $1.12B
  4. Spider-Man: Far From Home (Sony) – $1.07B
  5. Aladdin – $1.02B
  6. Toy Story 4 – $961.5M

Dijangkakan, kutipan box office Disney akan mencecah lebih $10 billion dolar menjelang tahun ini memandangkan terdapat tiga lagi filem yang berpotensi mencatatkan kutipan melebihi $1 billion dolar. Filem-filem tersebut adalah Maleficent: Mistress of Evil (October 2019), Frozen 2 (Novembert 2019), dan Star Wars: The Rise of Skywalker 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here