Walaupun menerima beberapa tawaran berlakon filem, Pelakon Redza Rosli mengakui terpaksa menolaknya dengan baik kerana merasakan dirinya masih belum bersedia untuk muncul di layar perak. Beliau mendedahkan pekara tersebut ketika ditemubual oleh wartawan Harian Metro
“Saya tahu kemampuan saya dan banyak lagi selok-belok lakonan yang perlu dipelajari. Saya sendiri tak boleh beritahu berapa lama lagi akan berlakon dalam drama dan telefilem dan bila akan bersedia untuk filem.
“Yang pasti, kini fokus saya memang kepada drama. Kalau ada peminat atau pembikin filem yang benar-benar mahukan saya turut terbabit dalam filem, saya akan pertimbangkan,”
Dalam pada itu, ditanya samada dia masih lagi menguruskan kerjaya seninya sendiri atau sudah mempunyai pembantu atau pengurus, Redza berkata buat masa ini dia lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.
Walaupun mengakui kadang-kala tidak sempat menjawab panggilan telefon berikutan terikat dengan jadual kerja yang padat, namun dia masih belum terfikir untuk mengupah pengurus.
Namun pelakon berusia 25 tahun ini tidak menolak akan mengambil pengurus sekiranya ada calon yang sesuai.
Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan seninya, Redza kini sedang sibuk dengan penggambaran drama berjudul Isteri Untuk Diiktiraf yang mana akan turut menampilkan pelakon lain seperti Sheila Rusly, Elvina Mohamad dan Arash Mohamad.
Sumber: Cinema Online