Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Walaupun Di Kritik Teruk, Fantastic Four berada Di Tangga Kedua Carta BoxOffice

fantastic-four-2015-images-dimension

Selepas berdepan dengan kritikan teruk dari kalangan penonton, filem Fantastic Four hanya mampu mengutip $26 juta pada minggu pertama tayangan. Jauh seperti yang diharapkan oleh pihak produksi. Tidak seperti filem Marvel Ant-Man edaran Walt Disney dan terbitan Marvel Studios yang berjaya mengutip $57 juta pada minggu pertama tayangannya.

Filem lakonan Tom Cruise, Mission Impossible: Rogue Nation masih mengekalkan kedudukan nombor satu carta box office antarabangsa. Filem sequel kelima ini pada minggu lalu berjaya mengutip sebanyak $29juta dan jumlah terkumpul setakat ini $109juta. Bagaimanapun, untuk 10 teratas carta box office tempatan, filem ini berada di kedudukan kedua dibelakang filem Fantastic Four.

Bagaimanapun kedudukan filem Fantastic Four dijangka akan berubah dan berkemungkinan besar akan jatuh merudum pada minggu-minggu akan datang memandangkan kritikan teruk yang diterima dari dikalangan peminat filem.

maxresdefault (1)

Filem The Gift (2015) yang turut ditayangkan pada minggu lepas hanya berjaya mengutip $12juta dan berada dikedudukan ketiga manakala untuk filem lain, Vacation mengutip $9juta,  Ant-Man dan Minions berjaya mengutip $7juta pada minggu lalu.

Untuk carta tempatana (Top 10 Malaysia) filem CCTV berjaya menempatkan diri dikalangan 10 senarai filem kutipan tertinggi tempatan pada minggu lalu.

Berikut adalah kedudukan carta Box Office pada minggu lepas bagi carta antarabangsa dan tempatan.

IMG_7351
Boxofficemojo.com

 

Related posts

HBO Max Bangunkan Siri Animasi “Game of Thrones”

Kakimuvee

Spencer: Pandangan Pertama Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana

Kakimuvee

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating