Wajah-Wajah Terkini Para Pelakon Filem “Sucker Punch”

17796
views

Zack Snyder sememang terkenal sebagai seorang pembikin filem yang penuh dengan visi, kreatif dan konsepnya yang menarik. Salah satu filemnya yang terkenal adalah filem Sucker Punch, yang memaparkan jalan cerita fantasi didalam mimpi yang agak kompleks, para pelakonnya yang jelita, dan aksi yang menarik dengan bantuan kesan khas komputer.

Bagaimanapun, filem Sucker Punch gagal mendapat respon positif dari para pengkritik, malah turut terpalit dengan kontroversi yang melibatkan seksualiti dikalangan wanita. Disebabkan itu, Sucker Punch gagal mendapat pulangan yang sepatutnya dan menjadi salah satu filem pada zamannya yang gagal dari segi komersial.

Diterbitkan pada tahun 2011, filem yang dibintangi oleh Emily Browing ini mengisahkan tentang wanita muda bernama “Babydoll” yang dimasukkan dalam sebuah institusi mental. Dalam usahanya untuk melarikan diri dari institusi tersebut, dia bekerjasama dengan 4 penari yang juga merupakan tahanan dalam institusi tersebut. Dia perlu mendapatkan beberapa barangan bagi tujuan untuk melarikan diri. Bagaimana dia mendapatkan barangan tersebut? adalah dengan cara memasuki satu lagi tahap fantasi, di mana wanita menjadi pahlawan yang kuat dan berpengalaman.

Bagi yang meminati filem Sucker Punch, mesti anda tertanya-tanya apa yang mereka buat sekarang. Adakah mereka masih lagi terlibat dalam dunia hiburan, semakin terkenal ataupun sekadar suam-suma kuku?. Mari kita lihat perkembangan mereka pada masa kini.

Vanessa Hudgens/Blondie

Bekas pelakon siri filem  High School Musical ini masih aktif dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan juga penyanyi. Selain membintangi siri televisyen Powerless, dia juga muncul dalam beberapa filem seperti Machete Kill, filem Netflix The Princes Switch dan yang terbaru filem Polar.

Abbie Cornish/Sweet Pea

Selepas sahaja membintangi filem Sucker Punch, Abbie Cornish banyak muncul dalam beberapa filem hebat seperti Robocop, Geostorm dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri dimana dia tercalon anugerah AACTA International Award dalam kategori Pembantu Pelakon Terbaik serta Screen Actors Guilds Award. Dia turut membintangi siri televisyen Jack Ryan sebagai Cathy Mueller

Jena Malone/Rocket

Selepas filem Sucker Punch gagal dipentas box office, Jena Malone menilai kembali kariernya dan kembali fokus kepada bidang yang diminatinya iaitu fotografi dan musik. Bagaimanapun, pada 2013 dia kembali ke dunia perfileman apabila muncul dalam The Wait dan juga The Hunger Games: Catching Fire sebagai Johanna Mason. Dia meneruskan wataknya dalam dua filem terakhir The Hunger Games dan hanya muncul dalam filem-filem kecil serta masih meneruskan dalam fotografi, penulisan dan musikal.

Jamie Chung/Amber

Karier lakonan Jamie Chung tidak berhenti setakat filem Sucker Punch. Pelakon wanita ini banyak muncul dalam filem-filem serta siri televisyen. Antara yang filem dan siri televisyen terkenal yang dibintangi pelakon ini adalah Premium Rush, Sin City: A Dame to Kill For, Big Hero 6 sebagai Go Go Tamago dan siri televisyen The Gifted sebagai Blink.

Carla Gugino/Dr. Vera Gorski

Selepas membawakan watak Dr. Vera Gorski dalam filem Sucker Punch, Carla Gugino masih bekerjasama dengan pengarah Zack Snyder dalam filem Man of Steel dan Batman V Superman: Dawn of Justice dengan membawakan watak suara Kelor. Selain itu juga, dia masih membawakan watak utama dalam filem seperti San Andreas dan The Space Between Us.

Oscar Isaac/Blue Jones

Ingat Poe Dameron ingat Blue Jones. Oscar Isaac merupakan salah satu bekas pelakon Sucker Punch yang makin hangat di Hollywood. Ya, lakonannya bermula sebelum filem Sucker Punch tetapi kariernya memuncak selepas muncul dalam filem Ex Machina dan Star Wars: A Force Awaken sebagai Poe Dameron, juruterbang X-Wing paling merbahaya di galaksi. Oh ya!, antara pelakon yang ‘low profile’, tiada Instagram, tiada Twitter dan tiada Facebook.

Jon Hamm/High Roller, Doctor

Tidak banyak babak Jon Hamm dalam filem Sucker Punch kerana kebanyakkan dipotong sebelum tayangan di pawagam. Namun aktor ini boleh dikatakan agak sibuk dalam dunia perfileman dan siri televisyen serta pernah mendapat anugerah Golden Globe dan Emmy menerusi drama bersiri Mad Men.

Scott Glenn/Wiseman

Pelakon veteran ini mungkin jarang muncul dalam filem-filem, kali terakhir menerusi filem Into the Grizzly Maze, tetapi Scott Glenn banyak muncul dalam siri televisyen seperti Marvel’s Daredevil, The Defenders dan Castle Rock.

Richard Cetrone/CJ

Richard Cetrone kini menjadi pelakon lagak ngeri dan ‘double’, dia banyak terlibat dalam pembikinan filem-filem Marvel dan DC sebagai ‘body double’ para pelakon. Dia juga pernah muncul sebagai Frost Giant dalam filem Thor, Kryptonian bernama Tor-An dalam Man of Steel, TheHeadless Horseman dalam siri televisyen Sleepy Hollow,

​Gerard Plunkett/Stepfather

Tidak banyak diketahui mengenai pelakon kelahiran Irish ini. Kali terakhir dia muncul dilayar perak menerusi filem Seventh Son dan siri televisyen berjudul Backstorm, dimana kedua-duanya diterbitkan pada tahun 2015.

Emily Browning/Babydoll

Selepas membintangi filem Sucker Punch, Emily agak memilih untuk muncul di layar perak. Sepanjang karier lakonannya (selepas filem Sucker Punch), hampir kesemua filem yang dibintanginya gagal dari segi kutipan box office, ini termasuklah filem Pompeii. Dia kini membintangi drama American Gods dan The Affair dengan memainkan peranan utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here