Wah! Luis Mempunyai Syarikat Penyiasatnya Sendiri, Saksikan Telatahnya Dalam Klip Filem Ant-Man And The Wasp

0
1020
views

Marvel Studios telah mengeluarkan sebuah klip filem Ant-Man and The Wasp yang memaparkan babak lucu melibatkan watak Luis lakonan Michael Pena. Luis dan rakan-rakannya telah memiliki syarikat penyiasatannya sendiri yang dinamakan sebagai X-Con.

Hank, Hope, dan Scott telah pergi berjumpa dengan Luis untuk meminta bantuan selepas mereka melarikan diri dari pihak berkuasa. Luis bukan sahaja menyediakan kek raspberry yang cukup lazat, malah dia dan syarikatnya tidak sabar untuk membantu mereka. Anda boleh tonton klip filem tersebut dibawah.

Diarahkan oleh Peyton Reed, Ant-Man and The Wasp dibintangi oleh Paul Rudd, Evangeline Lilly, Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, serta Walton Goggins.

Filem adiwira Marvel ini bakal menemui penonton pada 4 Julai 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here