Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Wabak Covid-19 Jejas Kutipan Rock 4: Rockers Never Dai

Filem Rock 4: Rockers Never Dai telahpun ditayangkan pada 20 Februari yang lalu. Namun, tidak banyak diketahui mengenai kemaskini kutipan tiket filem keempat francais Rock. Berdasarkan semakan di laman Instagram rasmi Primeworks Studios, filem arahan Mamat Khalid itu telah mengumpul RM1 juta sepanjang tempoh 5 hari tayangan.

Bagaimanapun, kutipan tersebut tidak lagi dikemaskini dan menimbulkan tanda tanya mengenai sambutan filem tersebut.


Ketika ditanya wartawan Harian Metro hari ini, Mamat Khalid mendedahkan bahawa dia masih belum menerima jumlah sebenar kutipan Rock 4 setakat ini dan tidak menolak sekiranya situasi penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan sambutan tayangan filem terbarunya itu.

“Saya sendiri belum menerima jumlah spesifik mengenai kutipan filem Rock 4: Rockers Never Dai yang masih lagi ditayangkan. Saya tak nafikan dengan keadaan penularan wabak Covid-19, sedikit sebanyak membuatkan orang takut untuk keluar berkunjung ke tempat awam,” 

Mamat juga tidak menolak sekiranya situasi politik tanah air juga memberikan kesan.

“Selain masalah Covid-19, mungkin situasi politik tanah air juga membuatkan orang risau untuk keluar dari rumah memandangkan, ada beberapa kumpulan yang mengadakan tunjuk perasaan dan sebagainya. Saya sendiri pun terkejut apabila keluar dan melihat betapa lengangnya keadaan di pekan dan bandar. Jadi, tak mustahil dua situasi ini membuatkan orang ramai tak keluar,”

Rock 4: Rockers Never Dai dibarisi pelakon seperti Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi dan Bulan Terry.

Sumber: Harian Metro

Related posts

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Belum Tayang Di Pawagam, “Mat Kilau” Sudah Terpalit Dengan Kontroversi

Kakimuvee

Leave a Comment