Berita

Wabak Coronavirus Memaksa MGM Menukar Tarikh Tayangan NO TIME TO DIE

Views

Memandangkan wabak Coronavirus / CONVIC-19 yang masih belum reda, studio MGM terpaksa mengambil langkah drastik dengan menukar tarikh tayangan filem terbaru James Bond, No Time to Die dari April ini ke November.

Pekara tersebut didedahkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan studio tersebut (via Deadline)

MGM, Universal and Bond producers, Michael G Wilson and Barbara Broccoli, announced today that after careful consideration and thorough evaluation of the global theatrical marketplace, the release of No Time to Die will be postponed until November 2020. The film will be released in the U.K. on November 12, 2020 with worldwide release dates to follow, including the U.S. launch on November 25, 2020,”

Sebelum ini, beberapa filem antarabangsa telah mengalami tempias disebabkan penularan wabak Coronavirus. Pada Januari yang lalu, filem-filem blockbuster China terpaksa ditunda tarikh tayangan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pengunjung panggung wayang. Selain itu juga, penggambaran filem Mission: Impossible 7 turut ditangguh disebabkan wabak Coronavirus yang kini sedang melanda Itali.

Kini tarikh baru No Time to Die telah ditetapkan pada 25 April 2020.

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan memainkan watak penjahat, serta Christopher Waltz yang kembali meneruskan peranannya sebagai Ernst Stavro Blofeld.

No Time to Die diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks