Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Viu umumkan drama siri Viu Original berbahasa Korea baharu berjudul River Where the Moon Rises


Press release

Viu, penyedia layanan penstriman video OTT terkemuka rantau ini yang dikendalikan oleh Viu International Limited, telah mengumumkan siri Viu Original era romantika terbaharu berbahasa Korea berjudul River Where the Moon Rises.

Siri ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Viu pada 15 Februari 2021.  River Where the Moon Rises merupakan adaptasi dari cerita rakyat Korea yang telah dirakamkan dalam The History of the Three Kingdoms berdasarkan Puteri Pyeonggang (Kim So Hyun) dan Panglima beliau, On Dal (Ji Soo). 

Dilahirkan sebagai seorang puteri, tetapi dibesarkan seperti seorang pahlawan, Pyeonggang pada usia muda telah menjelajah seluruh wilayah bersama ibunya, Permaisuri. Semasa dalampenjelajahan ini, beliau tiba di sebuah kawasan kampung dan bertemu dengan Panglima On Hyeop dan anak lelakinya, On Dal.

Berkongsi cita-cita untuk menjadi pemerintah dan ratu Goguryeo yang pertama, beliau telah ditertawakan On Dal kerana wanita secara azalinya tidak terlibat dengan urusan pemerintahan, namun dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan Puteri Pyeonggang.


Sementara itu, Permaisuri meminta bantuan Panglima On Hyeop bagi menangani konspirasi yang sedang berlangsung di ibu kota, namun kedua-dua mereka telah terbunuh dalam proses ini. Siri ini mengikuti perjalanan Pyeonggang untuk membongkar konspirasi jahat dan merbahaya dalam kerajaannya. 

Siri ini dibintangi Kim So Hyun, yang terkenal dalam kalangan peminat K-drama bagi kepelbagaian wataknya dari drama berunsur sejarah sehinggalah ke watak dalam komedi romantik. Kim memulakan kerjayanya sebagai pelakon semenjak kecil lagi pada tahun 2006 di mana beliau telah mendapat sambutan dalam wataknya sebagai bakal permaisuri yang jahat dalam siri Moon Embracing the Sun.

Seterusnya, beliau telah memainkan watak utama dalam drama hit Who Are You: School 2015, The Emperor: Owner of the Mask dan turut memenangi Excellence Award di 2019 KBS Drama Awards bagi wataknya sebagai pelacur kelas atasan yang pemarah dan kekok dalam The Tale of Nokdu. Terkini, beliau dilaporkan sebagai pelakon termuda yang mempunyai lebih 10 juta pengikut di laman sosial Instagram dan ini menggambarkan populariti beliau di serata dunia. 

Memainkan watak On Dal, Ji Soo menawan penonton dengan daya tarikan dan penampilannya yang segak. Dia telah melakonkan beberapa watak dalam drama romantik termasuk  When I Was the Most Beautiful dan siri JTBC kesukaan ramai berjudul Strong Woman Do Bong Soon. Beliau juga telah memainkan watak putera dilamun cinta Wang Jung dalam drama era perjalanan masa Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo pada tahun 2016 yang sememangnya sebuah K-drama klasik.  

Siri Viu Original, River Where the Moon Rises dihasilkan oleh penghasil filem Victory Contents. Di belakang tabir, Yun Sang Ho (Kingmaker:The Change of Destiny and Saimdang, Memoirs of Colors) memainkan peranan sebagai pengarah dan penulis Han Ji Hoon telah mengetuai proses penghasilan siri ini (Temptation and Women of 9.9 Billion 99).

Ms. Virginia Lim, Chief Content Officer, Viu, berkata, “Viu komited dalam menawarkan kandungan hiburan premium Asia yang terbaik kepada penonton Viu. Pada tahun 2021 ini, kami teruja untuk melabur lebih banyak dalam penghasilan siri Original dan terutamanya drama siri Korea yang menawarkan kualiti produksi yang terbaik dan sinematografi berserta efek visual yang memukau. Dengan skrip dan bakat yang luar biasa, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah cinta dramatik ini.” 

Penonton Viu (Viu-ers) di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Myanmar, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman, Jordan dan Mesir akan dapat menonton River Where the Moon Rises secara eksklusif di Viu pada 15 Februari, 2021.

Siri ini dan siri menarik yang lain seperti True Beauty dan Mr. Queen, termasuk siri akan datang Penthouse 2, Mouse, Luca dan Dear M boleh ditonton di aplikasi Viu yang boleh di muat turun  secara percuma dari App Store, Google Play dan TV pintar terpilih dan juga di laman sesawang www.viu.com


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee