Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Mengumumkan perancangan siri original tahun 2022 dalam enam bahasa dan mengembangkan tayangan asli Korea dan China di seluruh Asia

Siaran Media

Viu,  perkhidmatan strim video OTT terkemuka rantau Asia milik PCCW, melangkah ke tahun baharu dengan lebih daripada 30 kandungan Viu Original yang kini sedang dalam pembikinan. Ini berikutan prestasi memberangsangkan pada tahun 2021 yang menunjukkan sambutan hangat bagi penerbitan asli tempatan dan serantau dalam platform tersebut.  


Marianne Lee, Ketua Pegawai Pemerolehan & Pembangunan Kandungan Viu berkata, “Pada tahun 2022, kami akan terus menerbitkan Viu Original dengan kandungan tempatan menarik di Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia serta kandungan serantau dalam bahasa Korea dan Cina, yang telah melonjakkan reputasi dan kewujudan Viu dalam pasaran.”

Di bawah naungan Viu Original Studio dan diterajui veteran industri Felix To yang merupakan Ketua Pegawai Viu Original, Viu akan meningkatkan fokus terhadap penciptaan aset kandungan asli dan membangunkan IP dengan tarikan rantau dan global.

Lebih daripada 30 penerbitan baharu akan ditayangkan pada tahun 2022, termasuklah musim baharu rancangan popular seperti Close Friend di Thailand dan Assalamualaikum My Future Husband di Indonesia. Tidak lupa juga rancangan tempatan baharu seperti rancangan muzikal Thai, WANNABE dan siri Asli Korea yang ditunggu-tunggu iaitu Again My Life.

Dengan pengalaman To yang mencipta dan menerbitkan banyak drama dan rancangan aneka ragam Hong Kong yang mendapat sambutan baik para penonton di sana, para penonton Viu boleh menjangkakan lebih banyak kandungan bahasa Cina pada tahun ini. Oleh itu, pengalamannya dalam membangunkan siri asli akan membawa lebih banyak kandungan Asia dalam Viu, khas buat penonton di Asia.

Seribu Nina

To menyatakan, “Dengan tayangan siri original hampir setiap bulan, kami mahu terus memberikan kepuasan kepada pengguna apabila menggunakan platform kami. Mereka akan dapat menonton pelbagai kandungan Asia yang unik, termasuklah lebih banyak kandungan asli berbahasa Cina. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Viu sebagai peneraju pasaran hiburan OTT.”

Tahun 2022 akan terus memperlihatkan bakat terkenal tempatan menerajui Viu Original. Thailand merupakan antara pasaran yang mengetengahkan bintang ternama dan yang sedang meningkat naik di Thailand dalam penerbitan Viu Original. WANNABE merupakan drama bersiri muzikal kisah kematangan yang dibintangi Chanon (Nonkul) Santinatornkul, pelakon yang telah merangkul pelbagai anugerah dan buat kali pertama menyerlahkan bakat nyanyiannya sebagai penyanyi rap muda dalam siri ini.

Barisan pelakon handalan terdiri daripada bintang popular termasuklah ahli kru jemputan Sunny Day – Nay Mayo “Day” Thot daripada kumpulan rap terkenal di Thailand, Thaitanium. Tahun 2022 menyaksikan permintaan tinggi bagi drama Thailand, yang merangkumi pelbagai genre seperti drama romantik Finding the Rainbow, komedi romantik My Coach, drama seram Remember 15, dan siri aksi Real Fake.

AI5YA

Para penonton Viu juga bakal disajikan komedi sci-fi Viu Original, AI5YA, hasil karya pelawak kegemaran Malaysia, Afdlin Shauki dan turut dibintangi Zizan Razak yang merupakan antara pelawak terkenal di Malaysia. Turut dinantikan, drama romantik komedi fantasi, Seribu Nina, yang akan menarik minat penonton generasi Milenial dan Gen Z.

Pada enam bulan pertama tahun 2022 saja, Viu bakal melancarkan siri Asli Korea yang dinanti-nantikan seperti Again My Life yang dibintangi Lee Joon-Gi, Lee Geung-Young dan Kim Ji-Eun. Drama ini diadaptasi daripada novel web dengan tajuk sama yang diterbitkan di KakaoPage.

Siri Asli Korea yang lain termasuklah drama From Now On, Showtime, yang dibintangi pelakon terkenal, Park Hae-Jin dan Jin Ki-Joo, yang pernah membintangi drama The Secret Life of My Secretary dan Come & Hug Me. Drama ini ditulis oleh Ha Yoon-Ah, yang merupakan penulis skrip drama komedi fantasi Mystic Pop-up Bar (2020).

Satu lagi rancangan yang bakal ditayangkan di Viu ialah Why Her?, iaitu drama romantik berkisarkan undang-undang yang dibintangi para pelakon terkenal seperti Seo Hyun-Jin, yang terkenal dengan drama Dr. Romantic dan Beauty Inside, serta Hwang In-Yeop, yang menempa nama melalui drama True Beauty.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment