Official TrailerSlot Tempatan

Viu Malaysia Kongsikan Teaser Kopitiam: Double Shot

Views

Viu Malaysia telah kongsikan teaser sitkom terbaru berjudul Kopitam: Double Shot, reboot dari sitkom klasik tempatan yang pernah popular pada lewat 90an. Sitkom terbaru ini pasti mengamit nostalgia para peminat yang pernah mengikuti siri ini disamping memberikan satu penceritaan yang baru seiring dengan zaman masakini.

Anda boleh saksikan teaser Kopitiam: Double Shot dibawah.

Kopitam: Double Shot akan berkisarkan tentang Kopitam yang pernah dimiliki oleh Marie, dan kini menjadi milik Steven. Baru sahaja merancang untuk menjual perniagaan yang tidak disukainya, beberapa pelanggan tetap kopitiam menawarkan diri untuk mengambilalih perniagaan.

Alia dan rakan baiknya, Seleb bersama-sama Tim, seorang chef, Baboo - pekerja yang tidak mahu diberhentikan dan bintang Hollywood terkenal, Jo telah bergabung tenaga untuk mengembalikan zaman kegemilangan kopitam yang semakin dilupakan.

Douglas Lim dan Rashid Salleh kembali membawakan watak mereka dari sitkom asal sebagai Steven dan Jo. Mereka turut disertai beberapa pendatang baru iaitu Sharifah Amani sebagai Alia, Melissa Campbell sebagai Seleb, Harvinth Skin sebagai Tim dan Charles Roberts sebagai Baboo.

Sitkom 10 episod ini diterbitkan Min Lim dan akan disiarkan di platform penstriman video Viu pada penghujung November ini

shares
Enable Notifications    Ok No thanks