Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW hari ini mengumumkan drama Viu Original terbaharu, She Was Pretty, sebuah drama komedi romantik yang dihasilkan semula, dibintangi barisan pelakon hebat dari Malaysia.

Tiga episod pertama boleh ditonton di platform Viu bermula 23 Jun ini dengan dua episod baharu boleh ditonton setiap minggu, pada setiap hari Khamis, manakala tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos.


Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara Viu Malaysia berkata, “Drama She Was Pretty mempunyai corak penceritaan yang terbukti berjaya. Drama ini bukan sahaja popular di Korea, malah telah dihasilkan semula dalam pelbagai bahasa di pelbagai negara.

Dengan jumlah peminat drama yang sangat ramai, pasukan Viu Original mengambil keputusan untuk mengolah kisah ini dengan suasana persekitaran Asia Tenggara dan membawa para pelakon hebat untuk menyajikan siri ini kepada para pengikut Viu di seluruh pasaran kami.

She Was Pretty adalah sebuah drama romantik komedi berlatarbelakangkan sebuah syarikat majalah fesyen yang menceritakan tentang kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah bertahun terputus hubungan dan menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka. 

Watak Nadia dilakonkan oleh Diana Danielle, yang melakonkan watak utama dalam siri Viu Original, Ganjil pada tahun 2021 dan merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin pada tahun 2019 untuk watak yang dilakonkan dalam Gol & Gincu Vol. 2.

Watak Haniff pula dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, yang popular dengan lakonannya dalam Kimchi Untuk Awak dan merupakan pemenang Artis Lelaki Baharu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 pada tahun 2012.

Watak Kejora pula dimainkan oleh Daniella Sya yang pernah membintangi filem seperti Abang Long Fadil 3 dan Takut Ke Tak. Menyempurnakan barisan pelakon untuk siri romantik komedi ini ialah Alvin Chong, yang pernah memenangi Anugerah Instafamous 2017, dan dikenali melalui drama Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak.

She Was Pretty merupakan arahan Datuk Yusry Abdul Halim, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Viu untuk menghasilkan drama siri Ganjil pada tahun 2021. Filem beliau, Cicakman merupakan filem popular genre budaya pop, manakala Hikayat Merong Mahawangsa pula menerima lapan anugerah di Festival Filem Malaysia 2011, termasuklah anugerah Filem Terbaik.

Memanfaatkan populariti drama-drama yang dibawakan oleh Viu Original, platform pan serantau ini berada di kedudukan nombor satu bagi perkhidmatan penstriman video premium melibatkan Pengguna Aktif Bulanan dan pelanggan berbayar sehingga suku pertama 2022 di Malaysia, menurut laporan Video Online Asia Tenggara AMPD Suku Pertama 2022 yang dilaporkan oleh Media Partners Asia*.

Pengguna Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman Viu di www.viu.com.

*Sumber: Kajian AMPD oleh Media Partners Asia (MPA) melibatkan platform penstriman terkemuka, tidak termasuk YouTube dan TikTok di Asia Tenggara.

Related posts

PERJALANAN PERTAMA: ‘Papar Kisah ‘Road Trip’ Datuk & Cucu, Tampilkan Gandingan Pelakon Hebat Dua Negara

Kakimuvee

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

Leave a Comment