Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Yang dinantikan sudah tiba. Platform streaming terkenal Viu akhirnya telah melancarkan trailer rasmi siri hit akan datang, Black musim kedua, memberikan pandangan pertama kepada peminat. Black musim kedua akan membuat debut pada 10 Jun, eksklusif di Viu. Anda boleh tonton trailer dipemain video dibawah.  

Siri yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2019 adalah adaptasi dari drama popular Korea berjudul sama terbitan CJ E&M Korea, dan versi tempatan telah menggabungkan mitologi alam Melayu. 

Berdasarkan poster, pelakon utama yang terdiri daripada Kamal Adli dan Siti Saleha akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Black dan Sofia. 

Musim pertama menceritakan tentang Black, bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Dia kemudiannya bertemu dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Pasangan itu perlu bekerjasama dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai sejak 20 tahun.

Menyertai Kamal Adli dan Siti Saleha adalah Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Nam Ron, Pablo Amirul dan ramai lagi. 

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Leave a Comment