Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Viu Dedah Poster Pertama “Keluarga Baha Don” Musim Kedua


Viu telah melancarkan poster pertama siri kegemaran peminat Keluarga Baha Don musim kedua! 

Musim pertama telah ditayangkan pada 11 Julai tahun lalu dan segera mendapat perhatian peminat kerana kelainannya serta komedi yang menghiburkan. Anda boleh saksikan poster terbaru dibawah.

Keluarga Baha Don merupakan drama komedi tempatan yang memberi fokus kepada sebuah keluarga mafia. Jo Don (lakonan Remy Ishak), adalah seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah.

Dia mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa dia sedari, ayahnya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan. 


Siri ‘original’ Viu ini dibarisi pelakon seperti Remy Ishak, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Susan Lankester, Indi Nadarajah, Melissa Campbell, Jihan Muse, Sabri Yunus, Nam Ron, Ayu Azhari, Alvin Wong, Douglas Wong, Junji Delfino, Razak Ahmad, Mark Adam, Othman Hafsham. 

Musim kedua Keluarga Baha Don akan menemui penonton di Viu tidak lama lagi.


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee