Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Viu Catat Lonjakan Peningkatan Sebanyak 37% Pengguna Aktif Bulanan MAU*, Menjangkau Lebih 49 Juta Pengguna.

Sementara, pelanggan berbayar meningkat sebanyak 62% dan pendapatan perolehan mencapai lebih 47%

Pertumbuhan teguh ditunjangi barisan kandungan yang bermutu tinggi dan mengukuhkan ekosistem rakan kongsi

Siaran Media

Viu, peneraju perkhidmatan striming video OTT pan-serantau PCCW, hari ini mengumumkan pencapaian besar prestasi bagi H1 2021. Sementara pengguna aktif bulanan (MAU) meningkat kepada 49.4 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 37 % tahun ke tahun, pelanggan berbayarnya juga meningkat sebanyak 62 % kepada 7.0 juta dan pendapatan perolehan meningkat sebanyak 47 % tahun ke tahun.

Rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah serta Afrika secara konsisten mencatat pertumbuhan tinggi, pemandu utama pasaran adalah Thailand dan Indonesia, iaitu pasaran yang terbesar dan paling pesat pertumbuhannya bagi Viu. Merupakan pendokong kuat kepada model dwi perolehan, Viu berterusan menyaksikan pertumbuhan pesat dari segi pendapatan. Pertumbuhan ini didorong lebih daripada 80 rangkaian kuat perkongsian di dalam ekosistem digital di seluruh pasaran termasuk telekomunikasi, pembuat peranti, perniagaan runcit dan e-dagang dan rakan kongsi pengedaran kandungan. Ini telah membantu memberikan titik akses yang luas dan asas yang besar bagi meraih pengguna dan meluaskan monetisasi.

Menurut laporan terbaharu Kajian Media Partners Asia (MPA)’s AMPD, Viu kekal di kedudukan No.1 dari segi bilangan pengguna aktif bulanan (MAU) untuk suku tahunan ketujuh berturut-turut* di Asia Tenggara. Viu juga berada di kedudukan kedua dari segi pelanggan berbayar dan minit striming dalam kalangan platform striming video utama di Asia Tenggara bagi H1 2021*. Ini seterusnya mengesahkan kedudukan kuat Viu dalam kalangan perkhidmatan striming di Asia Tenggara dan popularitinya dalam kalangan penonton secara dalam talian.

Cik Janice Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group, berkata, “Di Viu kami meneruskan komitmen untuk memberikan pengguna kandungan Asia yang terbaik dan pengalaman striming video yang hebat. Kami menyaksikan pertumbuhan teguh pada H1 2021, didokong oleh barisan kandungan yang hebat dan diperteguh oleh ekosistem perkongsian kami. Gabungan data analitik kami dengan kehadiran di dalam pasaran tempatan, memastikan kami benar-benar memahami denyut nadi pengguna di mana kami beroperasi.”

* Sumber: AMPD Research of Media Partners Asia (MPA) dan kalangan platform utama striming video tidak termasuk YouTube dan TikTok di Asia Tenggara.
* Laporan suku tahunan Q4 2019 – Q4 2020 merangkumi Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan laporan suku tahunan Q1 2021 dan Q2 2021 merangkumi Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina.

Mengumumkan siri Korean Viu Original yang paling dinantikan, Now, We Are Breaking Up menampilkan barisan pelakon hebat Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong

Viu meneruskan perluasan siri-siri Original Korea. Selepas melancarkan Korean Viu Original berjudul River Where The Moon Rises dan Doom At Your Service pada H1 2021, Viu turut melancarkan Viu Original terbarunya, K-Drama yang paling dinanti-nantikan, Now, We Are Breaking Up menampilkan barisan pelakon ternama Song Hye Kyo (Descendants of The Sun, The Boyfriend) dan Jang Ki Yong (My Roommate is a Gumiho, Search: WWW). Drama ini dijangka akan ditayangkan pada November depan. Selain daripada siri Korean Viu Original, komitmen Viu terhadap original tempatan kekal kukuh pada H1 2021 dengan pelancaran original antarabangsa termasuk Black S2 (Malaysia), uBettina Wethu (Afrika Selatan) dan bakal ditayangkan September ini, Assalamualaikum Calon Imam Series S2 (Indonesia).

Viu terus mengukuhkan portfolio kandungan Asianya untuk menjadi peneraju dan hab bagi kandungan premium popular Asia dengan rakan kandungan utama dari Tanah Besar China dan Thailand selain mengembangkan portfolio Anime. Viu turut meluaskan program penciptaan kandungan utamanya, Viu Pitching Forum ke Malaysia dan Thailand pada H1 dan berterusan menyokong ekosistem kreatif tempatan.

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment