Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Viu Akhiri 2021 Dengan Prestasi Kukuh Di Dalam & Belakang Skrin

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau diterajui oleh PCCW, membawakan hiburan Asia terbaik bagi Q4 2021. Menurut laporan kajian terbaharu Media Partners Asia (MPA)’s AMPD Online Video Consumer Insights Q3 2021, yang diterbitkan pada November 2021*, Viu terus berada di kedudukan No.1 dari segi bilangan Purata Pengguna Bulanan (MAU) di Asia Tenggara.

Viu juga berada di tangga kedua daripada segi pelanggan berbayar dan minit penstriman dalam kalangan platform video utama di Asia Tenggara pada Q3 2021. Viu Malaysia mencatat pencapaian tertinggi apabila meraih Nombor 1 daripada segi jumlah keseluruhan pelanggan berbayar dalam kalangan semua peserta OTT dan mengekalkan kedudukan Nombor 1 bagi jumlah keseluruhan MAU dalam kalangan OTT premium percuma di negara ini.*


Di samping itu, judul-judul Viu Original baharu dan eksklusif dari drama Korea, Indonesia, Filipina, dan Thai serta Anime telah menyebabkan penonton Viu melekat di skrin dan terhibur sehingga penamat tahun 2021. Prestasi teguh dari siri Viu Original, Now, We’re Breaking Up dibintangi pelakon A-list Korea, Song Hye-Kyo, ke seluruh Asia Tenggara telah menyaksikan blockbuster tersebut menjadi siri paling tinggi ditonton dalam empat minggu pertama tayangannya di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Hong Kong.

Cik Janice Lee, CEO Viu dan Pengarah Urusan Kumpulan PCCW, berkata, “Keputusan Q3 daripada laporan AMPD Research jelas menunjukkan prestasi konsisten kami di pasaran, dengan Viu berada di kedudukan Nombor Satu bagi lapan suku tahunan berturut-turut sehingga kini dari segi MAU.

Kami terus meluaskan set kandungan kami menerusi maklum balas yang kami terima di atas talian. Selain mengukuhkan komitmen kami kepada pasaran tempatan dengan membawa kandungan terbaik Asia dan tempatan, kami juga berusaha meluaskan penawaran Viu Original dan banyak lagi dengan penawaran kandungan eksklusif yang akan dilancarkan pada tahun 2022.” 

Seiring dengan penekanan fokus terhadap siri Viu Original, dua muzikal baharu telah dilancarkan November lalu di Indonesia dan Filipina. Write Me a Love Song adalah siri komedi romantik dibintangi penyanyi terkenal Indonesia Bio-One, Marsha Aruan, dan Dinda Kirana. Ia diterajui oleh pengarah filem memenangi anugerah Indonesia Emil Heradi yang juga mengarahkan produksi asli paling berjaya Viu, Pretty Little Liars.

Drama muzikal asli Filipina pertama Viu, Still, tertumpu kepada hubungan bertenaga dan memilukan dalam kalangan artis yang baharu, yang terperangkap di dalam sekatan pergerakan semasa berada di kem muzik. Dicipta oleh Pat Valera, pemenang dua kali Anugerah Palanca (anugerah kesenian tertinggi Filipina) dan pengarah-penulis skrip muzikal Filipina yang popular, Mula Sa Buwan dan Dekada ‘70, ia menampilkan bakat berkelas dunia Filipina dari muzik pop dan teater seperti Julie Anne San Jose dan Christian Bautista. 

Drama yang dinanti-nantikan One Ordinary Day dilancarkan pada November dan menyertai barisan drama Korea berkualiti pada platform ini. Ia menampilkan aktor-aktor terkemuka Korea Selatan, termasuk Kim Soo-Hyun, yang kali terakhir membintangi K-drama popular It’s Okay to Not Be Okay, aktor veteranr Cha Seoung-won, dan aktres Less Than Evil Lee Seol.  

Viu bakal menamatkan tahun ini dengan beberapa kandungan eksklusif, seperti drama eksklusif Korea, Moonshine. Bibit-bibit cinta pasti tercetus antara dua peneraju drama ini yang dilakonkan oleh aktor popular Yoo Seung-ho (Memorist) dan  K-idol bertukar menjadi aktres, Hyeri, yang diingat dengan wataknya dalam Reply 1988 dan My Roommate is a Gumiho

Pastikan anda terus menonton siri serta filem terbaru dan koleksi drama evergreen yang disukai ramai, serta First-on-Viu dan eksklusif menerusi apikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di  App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, selain laman web www.viu.com.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee