Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Virus Baru Akan Tersebar Dalam Filem “Zeta: When The Dead Awaken”

Dikala musim COVID -19 yang masih mencatatkan angka yang agak tinggi di Malaysia, kita menerima satu lagi berita yang agak menakutkan, iaitu penularan wabak di sebuah kota di negara seberang dimana wabak itu telah membuatkan ramai penduduk menjadi tidak waras berkelakuan aneh dan seakan akan mayat hidup.

Kerajaan mereka juga berada dalam keadaan tunggang langgang dan rakyat terpaksa hidup dibawah keperitan yang telah dilakukan oleh pemerintah. Deon pula yang keseorangan di apartmentnya cuba menyelamatkan ibunya disuatu tempat, dan terpaksa berdepan dengan perkara perkara ini untuk ibunya selamat.


Begitulah sedikit sebanyak perkara atau sinopsis untuk filem terbaru Zeta: When The Dead Awaken, yang diarahkan oleh pengarah wanita Indonesia Amanda Iswan.

Amanda Iswan telah melakukan kaji selidik yang mendalam tentang Zombi semasa belajar di Quinnipiac University. Jadi filem ini adalah debut pertamanya sebagai pengarah. Zeta: When The Dead Awaken filem terbitan Swan Studio, diedar oleh Horizon Film Entertainment & Gold Leaf Pictures ini menampilkan para pelakon ternama Indonesia seperti Cut Mini, dan juga Jeff Smith .

Jangan lupa saksikan filem seram zombi ini dipawagam rumah anda pada Januari 2021, eksklusif di Astro First. 

Related posts

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru

Zulaikha

Leave a Comment