Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

BumiLangit Cinematic Universe Umumkan Filem Seterusnya Berjudul Virgo and The Sparklings


Selepas Gundala, syarikat produksi Screenplay Films dan Bumilangit Studios bakal menghasilkan sebuah lagi filem bertemakan ‘superhero’ berjudul Virgo and The Sparklings. 

Filem adaptasi dari webtoon berjudul sama itu akan menjadi filem kedua dalam Jagat Sinema Bumilangit / BumiLangit Cinematic Universe selepas Gundala.

Setakat ini, penyanyi dan pelakon Adhisty Zara (Dilan 1990, Dilan 1991) disahkan akan membintangi filem ini dengan memainkan peranan utama sebagai Virgo.

https://www.instagram.com/p/B2HDIcjhUwA/?utm_source=ig_web_copy_link

Penerbit dan pengarah Joko Anwar dilaporkan sedang mencari pelakon-pelakon yang sesuai untuk watak-watak lain terutamanya dua lagi watak utama iaitu Ussy dan Monica. Pencarian pelakon akan dibuat menerusi sisi ujibakat Virgo Talent Search.


Karakter Virgo dicipta oleh Jan Mintaraga dan pertama kali diperkenalkan dalam komik pada tahun 1973. Sejak daripada itu, Virgo menjadi salah satu karakter terkenal dalam Jagat Bumilangit.

Produksi filem ini akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun hadapan.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee