Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Vincenzo” & “Times” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini


Drama “Vincenzo” dan “Times” terus menunjukkan prestasi baik!. Pada 28 Februari, episod keempat kedua-dua drama itu telah berjaya mencapai tahap tertinggi setakat ini.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru “Vincezo” berjaya melepasi angka dua digit, dengan penilaian purata sebanyak 10.2 peratus dan kemuncaknya sebanyak 11.5 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.

Turut mencipta rekod peribadi adalah drama misteri “Times” lakonan Lee Joo Young dan Lee Seon Jin. Episod keempat “Times” telah merekodkan purata rating sebanyak 2.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.2 peratus. 

Sementara itu di TV Chosun, drama “Love (ft. Marriage and Divorce)” telah merekodkan purata rating sebanyak 8.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.1 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV “Homemade Love Story” kekal menjadi drama yang paling banyak ditonton pada hari Ahad dengan purata rating sebanyak 29.0 dan 31.2 peratus untuk dua bahagiannya. 


Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

“Vincenzo” dan “Love (ft. Marriage and Divorce)” boleh ditonton di Netflix.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee