Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Vincenzo” Kembali Catat Rating Dua Angka

Drama lakonan Song Joong Ki, “Vincenzo” terus menunjukkan prestasi baik!

Selepas mencatatkan penilaian penonton sebanyak 9.2 peratus pada episod semalam, rating drama tvN “Vincenzo” kembali ke dua angka apabila episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 10.4 peratus. 

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea dan menggambil tindakan terhadap orang jahat dengan mengikut caranya sendiri. Drama tvN itu dibintangi Song Joong Ki sebagai Vincenzo dan Jeon Yeo Bin sebagai Hong Cha Young.

Sementara itu, drama 100 episod “Revolutionary Sisters” menunjukkan peningkatan pada episod kedua. Selepas bermula baik pada episod pertama, drama KBS 2TV itu telah merekodkan purata rating sebanyak 23.4 peratus dan 26.0 peratus, rating yang lebih tinggi dari episod pertama.

Revolutionary Sisters” merupakan drama misteri thriller dan komedi yang mengisahkan kesemua ahli keluarga menjadi suspek selepas ibu mereka mati ketika dalam proses perceraian. Lee Chul Soo (Yoon Joo Sang) adalah ketua keluarga, dan tiga anak perempuannya adalah Lee Kwang Nam (Hong Eun Hee), Lee Kwang Shik (Jeon Hye Bin), dan Lee Kwang Tae (Go Won Hee).

Akhir sekali, drama OCN “Times” turut menyaksikan peningkatan apabila episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 2.3 peratus. 

“Times” adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

Sumber: Soompi

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment