Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Vincenzo” Akan Berehat Seminggu, Episod 17 Akan Ditayangkan Pada 24 April


Drama tvN Vincenzo akan mengambil ‘cuti rehat’ selama seminggu selepas episod terbaru hujung minggu ini. 

Pada 7 April, penerbit drama mengumumkan bahawa, “Selepas penyiaran episod 16, [Vincenzo] akan berehat selama seminggu bagi mempertingkatkan kualiti drama. Pada 17 April, kami akan menyiarkan episod khas (bukan episod 17)

Episod 15 dan 16 akan keudara pada 10 dan 11 April seperti yang dijadualkan, manakala episod ke-17 akan keudara dua minggu kemudian, iaitu pada 24 April. Bagi yang belum menonton Vincenzo, anda boleh strim drama Korea ini di Netflix.

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee