Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vince Vaughn & Kathryn Newton Bintangi Filem Terbaru Blumhouse


Menurut laporan dari Deadline, pelakon Vince Vaughn dan Kathryn Newton bakal bergadingan dalam filem terbaru Blumhouse yang masih belum mempunyai tajuk. Filem thriller itu akan diarahkan oleh pengarah filem Happy Death Day, Chris Landon.

Filem tersebut akan mengisahkan tentang seorang gadis yang secara tiba-tiba tertukar badan dengan seorang pembunuh bersiri yang kejam, dan dia perlu membalikkan kesannya dalam tempoh 24 jam sebelum mereka bertukar badan buat selama-lamanya.

Skrip dan dicerita ditulis oleh Chris Landon dan Michael Kennedy.

Vaughn sebelum ini pernah muncul dalam filem epik peperangan Hacksaw Ridge serta filem thriller Brawl In Cell Block 99. Manakala filem Newton pernah muncul dalam filem Detective Pikachu pada Mei yang lalu.

Setakat ini, tarikh penggambaran dan tayangan masih belum diumumkan pihak studio.



Related posts

Jessica Rothe Kongsi Kemaskini ‘HAPPY DEATH DAY 3’

Kakimuvee

Reboot Spawn Akan Menjadi ‘Filem Superhero Versi Blumhouse’

Kakimuvee

Tonton Trailer Terbaru ‘Insidious: The Red Door’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee