Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vin Diesel Nampak Cool Dalam Poster Terbaru “F9”

Universal Pictures, menerusi IMAX dan Dolby Cinema, telah kongsikan dua poster terbaru filem yang paling dinantikan F9, menampilkan teraju francais, Dominic Toretto lakonan Vin Diesel, yang sedang berlanggar-langgar manja dengan adiknya telah lama hilang, Jakob (John Cena) serta berdiri macho diatas lori treler terbalik sambil berlatarbelakangkan letupan. Anda boleh poster tersebut dibawah. 

Selepas lama tertunda disebabkan pandemik, F9 akhirnya akan menemui penonton dipawagam mulai 24 Jun ini. Filem ini akan ditayangkan awal di beebrapa negara seperti Hong Kong, South Korea, dan Taiwan, iaitu pada 19 Mei. 

Dalam “F9”, Dom Toretto lakonan Vin Diesel menjalani kehidupan yang tenang di luar grid bersama Letty dan anaknya, Brian, tetapi mereka tahu bahawa bahaya selalu mengancam mereka. Kali ini, ancaman itu akan memaksa Dom untuk menghadapi dosa masa lalunya jika dia menyelamatkan orang-orang yang paling dia cintai.

Krewnya bergabung bersama untuk menghentikan plot yang menghancurkan dunia yang diketuai oleh pembunuh yang paling mahir dan pemandu berprestasi tinggi yang pernah mereka temui: seorang lelaki yang juga kebetulan adalah saudara lelaki yang ditinggalkan Dom, Jakob (John Cena).

“F9: The Fast Saga” dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker. Turut menyertai barisan pelakon adalah Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dari filem “Fate of the Furious”.

Pengarah Justin Lin kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.

Related posts

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment