Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vin Diesel Ingin Buat “Fast & Furious The Musical”

Kedengaran mungkin agak kelakar, tetapi itulah impian pelakon utama Fast & Furious, Vin Diesel yang berminat untuk menyampaikan beberapa buah lagu mengenai kereta dan keluarga dalam filem muzikal Fast & Furious.

Dalam temu ramah di rancangan The Kelly Clarkson Show, hos Kelly Clarkson bertanya kepada Diesel adakah dia sanggup melakukan muzikal. Secara bersahaja, dia menjawab, “Saya ingin melakukan muzikal, jadi ya, saya akan melakukannya!”

Walaupun bintang Fast & Furious dan Guardians of the Galaxy itu tidak terkenal dengan suara nyanyiannya, dia mengatakan bahawa dia melakukan muzikal sepanjang hidupnya. Sebenarnya, Diesel hampir membintangi filem ‘remake’ musikal Guys and Dolls bersama Steven Spielberg, namun ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. 

“Hampir melakukan Guys and Dolls dengan Steven Spielberg, tetapi akhirnya kami tidak melakukannya.”

Diesel juga memberi penghargaan kepada keluarganya kerana menyokongnya sepanjang perjalanan kariernya. Dia juga mendorong orang lain untuk menyokong orang yang mempunyai aspirasi yang mungkin kelihatan agak tidak realistik.

“Keluarga saya berseni, dan saya bertuah untuk memilikinya dan saya bertuah berada dalam keluarga yang menyokong impian gila ini,” kata Diesel. “Saya mendorong semua orang untuk menyokong orang yang ingin berfikir di luar kotak dan mengimpikan sesuatu yang mustahil kerana ada keindahan yang luar biasa.”

Entri terbaru francais Fast & Furious, F9: The Fast Saga telahpun dilancarkan di beberapa pasaran antarabangsa, dan berjaya mengutip lebih $70 juta dolar di pasaran domestik AS pada minggu pertama tayangannya. Buat masa ini, tarikh tayangan F9: The Fast Saga di pawagam tempatan masih belum diketahui. 

Anda ingin tahu bagaimana suara Vin Diesel ketika menyanyi? anda boleh lihat video dibawah:

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment