Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vin Diesel Dilaporkan Kembali Sebagai Groot Dalam Filem THOR: LOVE AND THUNDER


Pra-produksi Thor: Love and Thunder telahpun bermula di Australia. Dalam perkembangan terbaru, bintang Guardians of the Galaxy Vin Diesel dilaporkan kembali sebagai watak kegemaran peminat, Groot dalam filem keempat Thor akan datang.

Pendedahan tersebut datangnya dari sebuah video yang diambil oleh paparazi Australia, Kobie Thatcher yang menunjukan aktor Fast & Furious itu tiba dilapangan terbang Sydney.

Diesel merupakan ahli kedua yang disahkan sertai Chris Hemsworth dalam filem Thor: Love and Thunder selepas Chris Pratt. Penyertai ahli Guardians dalam filem akan datang tidak mengejutkan kerana Diesel pernah menyatakan yang “Thor akan bekerjasama dengan Guardians of the Galaxy”,

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi yang mana dia turut menjadi penulis skrip bersama dengan Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).  Filem ini merupakan sambungan kepada Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame. 

Natalie Portman kembali sebagai Jane dan dia kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali sebagai Thor dan Valkyrie, manakala bintang trilog The Dark Knight, Christian Bale akan memainkan watak antagonis utama. Plot Thor wanita ini akan berdasarkan komik The Mighty Thor karya Jason Aaron dimana Jane Foster yang menghidapi barah mengambilalih peranan dan kekuatan Thor. 


Thor: Love and Thunder ditetapkan tayangan pada 11 Februari 2022. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee