Selepas gambar pertama Hope Van Dyne memakai sut The Wasp tersebar di media sosial dan laman-laman hiburan, kini satu lagi gambar diset pengambaran filem kedua Ant-Man telah tersebar. Dalam gambar terbaru itu, ia menunjukkan penampilan pertama Ghost di set penggambaran filem tersebut. Dalam gambar yang dimuatnaik oleh noticiasgeektv, ia menunjukkan The Wasp sedang berhadapan dengan watak villain itu.
Dua watak baru telah diperkenalkan oleh pengarah Peyton Reed iaitu Ghost dan juga Sonny Burch. Jika dilihat dalam versi komik, Ghost merupakan seorang lelaki tetapi dalam filem ini, wataknya dilakonkan oleh aktres British iaitu Hannah John-Kamen. Ghost adalah seorang hacker yang sangat bijak dan berkemampuan untuk menjadi halimunan serta pakar dalam mensabotaj industry pengintipan.
Selain itu juga, dalam versi komik merupakan watak antihero dan bekas ahli kumpulan anti hero Thunderbolt. cuma untuk versi kali ini, wataknya merupakan seorang villain dalam filem Ant-man & The Wasp.
Kini tinggal Sonny Burch sahaja yang masih belum didedahkan kepada umum. Untuk pengentahuan anda semua, dalam versi komik Sonny Burch adalah chairman kepada Cross Technologies. Adakah Ghost dan Sonny Burch merupakan sekutu? atau mungkin sebaliknya.
Nantikan kemaskini filem Ant-Man & The Wasp yang akan kami bawakan dari masa ke semasa.