Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tanggung Kerugian, Village Roadshow Saman Warner Bros. Berikutan Tayangan “The Matrix Resurrections” Di HBO Max


Nampaknya strategi untuk menambah bilangan pelanggan baharu HBO Max memakan diri apabila Village Roadshow menyaman Warner Bros. susulan tayangan filem The Matrix Resurrections di perkhidmatan streaming itu. 

Village Roadshow, yang merupakan penerbit bersama entri keempat francais The Matrix itu, menyaman Warner Bros. kerana melanggar kontrak dan menuduh mereka mempunyai plot yang lebih besar untuk menjauhkan syarikat dan harta intelek yang mereka kongsi.

Menurut The Wall Street Journal, Village Roadshow percaya Warner Bros. sengaja menukar tarikh tayangan The Matrix Resurrections dari 2022 ke 2021 sebagai cubaan untuk meningkatkan pelanggan HBO Max (dengan mengetahui ia akan memberi kesan pada kutipan box office yang jauh lebih rendah). Akibatnya, mereka merasakan keputusan itu menjejaskan pulangan kewangan dan francais itu sendiri.

“Satu-satunya tujuan WB dalam menukar tarikh tayangan ‘The Matrix Resurrections’ lebih awal adalah untuk mencipta gelombang langganan premium HBO Max akhir tahun yang amat diperlukan, walaupun mengentahui sepenuhnya bahawa ia akan menghancurkan kutipan box office filem itu dan menafikan Village Roadshow dari sebarang peningkatan ekonomi yang akan dinikmati oleh WB dan sekutunya,” menurut petikan tuntutan mahkamah Village Roadshow.

Ia turut menyebut bahawa tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk “menghapuskan nilai penting harta intelek Village Roadshow untuk menyokong perkhidmatan penstriman HBO Max yang baharu.”


Pertikaian mengenai francais Edge of Tomorrow turut disebut dalam tuntutan itu. Village Roadshow berkata Warner Bros. cuba memaksa mereka melepaskan hak dalam siri TV berdasarkan filem Edge of Tomorrow, yang dibiayai dan diterbitkan bersama.

“Apabila Village Roadshow menolak, WB menyatakan dengan lantang: ia tidak akan membenarkan Village Roadshow mendapat manfaat daripada mana-mana Hak Derivatifnya pada masa hadapan, walaupun lebih $4.5 bilion telah dibayar kepada WB untuk membuat dan mengedarkan 91 filem.”

“Dalam erti kata lain, jika Village Roadshow tidak akan melepaskan haknya, WB akan memastikan mereka tidak bernilai apa-apa,” kata saman itu.

Sebagai maklumbalas, jurucakap Warner Bros. berkata, “Ini adalah percubaan remeh oleh Village Roadshow untuk mengelakkan komitmen kontrak mereka untuk mengambil bahagian dalam timbang tara yang kami mulakan terhadap mereka minggu lepas. Kami tidak ragu-ragu bahawa kes ini akan diselesaikan dan memihak kepada kami.”

Untuk info, The Matrix Resurrections telah mengutip lebih AS$155 juta dolar seluruh dunia dengan kos pembikinan mencecah AS$190 juta. Ini bermakna, Village Roadshow menanggung kerugian sedangkan Warner Bros. masih lagi mendapat keuntungan dengan peningkatan jumlah langganan premium HBO Max.

Selepas 25 tahun bersama yang menyaksikan mereka membuat 91 filem, nampaknya hubungan mereka akan berakhir tidak lama lagi.

 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee